Pages

Monday, March 16, 2009

Kisah Aku Dan Dia.....Uhukkk(3)

Assalamualaikum....

Bersua lagi kita ye kawan-kawan... hehehe... Kali ni aku nak citer satu kisah yang terjadi masa aku kerja dan tinggal di Kuala Lumpur satu masa dulu... Dulu aku tinggal dengan adik yang dah kawen dan ada anak sorang yang masih kecil...

Seperti biasa, aku masuk kerja pukul 10 pagi...So, lepas subuh tu memang aku tak tidur dah.. Kalau tidur konpem lena dibuai mimpi punyalah... heheh.... Biasanya pagi-pagi aku buat air.. Selalunya air kopi la yang aku buat... So, lepas sarapan ala kadar akupun bersiap nak keluar.. Pukul 9 pagi aku dah keluar sebab nak kejar LRT dan bersesak-sesak dengan orang ramai.. Lemah betol kalau berasak-asak ni.. Rimas... Aku kerja dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Sepatutnya hingga 9 malam tapi aku mintak balik awal sebab takut nak masuk kawasan rumah aku tinggal tu..

Nak dijadikan cerita, bila aku sampai rumah, aku tengok air kopi pagi tadi masih ada lagi atas meja. Hmmm..., nampaknya takde siapapun yang minum air tu.. Aku yang keletihan terus je ambil cawan dan mula la minum kopi tu.. Dalam dua cawan jugak la aku minum... Haus bebb.. huhuhu.. Jalan laju-laju sebab takut punya pasal... Dah la aku ni rabun, jalan dalam gelap pulak tu.. Tu yang aku terkejar-kejar nak balik cepat tu... Selepas siap minum, akupun bawak la teko dengan cawan tadi kat sinki untuk  dibasuh... Mula-mula aku tuang lebihan air kopi dalam sinki... Tiba-tiba....

Tidakkkkkkkkkkk..............!!!


Aku nampak sekor cicak dalam sinki tu. Badan dia dah lebam macam mati lemas. Terus aku terfikir.. Cicak ni datang dari dalam teko kopi ni ke..???


Wekkkkkk......!!!


Aku terus jolok anak tekak aku, keluarkan semua air kopi yang aku minum tadi... Aku cekik-cekik leher aku sebab nak bagi muntah... Sampai nak terkencing aku menahan loya.....


Bluwekkkkkkkkkkkk.....!!!


Aku terus muntah dan muntah sampai naik lembik badan... Cilakak punya cicak, camne la dia boleh masuk dalam teko kopi tu ekk..., padahal teko tu bertutup....

Selepas aku lega, akupun belek la teko tu.... Hmmm...., mungkin cicak tu masuk ikut corong teko tu kot.. Mana ada lubang lain dia nak ikut, kan... Akibat dari peristiwa ni, aku boikot minum kopi.. Agak lama jugak la.. Serik aku dibuatnya... Terbayang-bayang rupa cicak yang dah mati lemas tu.. huuu.....

Pengajaran dari citer ni, sentiasalah berhati-hati dan yang paling penting, jangan gelojoh.. huhuhu.. Aku gelojoh ke....??? Tak laa, mana ada aku gelojoh... hikhikhik...


p/s: Lagu kopi dangdut dah ada.. Lepas ni lagu kopi cicak la pulak... ahaha...