Assalamualaikum...
Aku bengang tol hari ni..
Aku bengang tol hari ni..
Mak aku soh orang buat tangki air. Dah dekat sebulan baru siap tapak. Hari ni dorang dah angkat tangki tu, letak kat atas...
Yang aku hangen sangat, air paip kat sinki punya la terkemut2. Tup2 aku tengok kat luar. Ya ALLAH, camner la dorang buat keje ni. Aku memang tak tengok masa dorang pasang paip tu sebab aku bosan dengan budak2 tu buat keje. Keje tak seberapa tapi tak abeh2 dengan enpon dia dok tot.. tet.. tot.. tet .. hampeh tol...
Sepatutnya kena la pasang kepala paip untuk on/off air dari tangki tu ke sinki... bukannya air tu direct dari tangki...memang laa air kat sinki tu kecik kalau direct dari tangki tu, sebab tangki tu tinggi...ngokkk..!!!
Padahal dari awal2 lagi mak aku dah bagi tau kat dorang, air tangki tu hanya akan digunakan untuk kecemasan je, iaitu kalau bekalan terputus. Takkan tu pun tak paham2.
Aku dah hantar sms kat boss dorang tu, soh dia datang tengok air kat sinki yang terkemut2 tu. Laju lagi air kencing lembu jika nak bandingkan dengan air kat sinki dapo aku skang ni....
p/s: aku tunggu esok nak tengok apa reaksi boss dorang tu. Siap la... (sabar itu ada batasnya....)