Assalamualaikum....
KASUT vs KUSUT...
KASUT vs KUSUT...
Ini kisah yang berlaku sewaktu aku bekerja kat Johor dulu. Hari tu hari Jumaat. Seperti biasa, hari Jumaat aku pakai baju kurung. Sebenarnya tiap-tiap hari aku pakai baju kurung. Kalau kena kerja hari Sabtu atau Ahad, baru la aku pakai t-shirt dan slack je.... muehehehehe...
Hari tu aku kena 'stayback' bersama line leader aku. Aku benci sungguh kalau kena 'stayback-stayback' ni... huhuhu... Dah la kena stay, tak berbayar lak tu. Kalau setakat 10 minit takpe la jugak, ni makan masa sampai dekat sejam. Eeeiii....gerammm.... Aku cepat-cepat setelkan apa yang MD suruh. MD tu Manager of Department.. Sambil-sambil tu aku dengan line leader aku tak henti-henti membebel... ekekekeke.. Biasa la, nak lepaskan geram, bebel je la penawarnya..., hikk hikk hikk...
Lebih kurang sejam lepas tu, akupun mula la beransur balik. Aku balik sorang sebab line leader aku tinggal kat taman lain. Aku jalan kaki je sebab jarak hostel dengan kilang cuma 10 minit. Akupun mula la berjalan perlahan-lahan sebab badanpun dah lesu je rasanya. Entah di mana silapnya, tiba-tiba je aku jatuh terjelepuk. Aku betul-betul jatuh terduduk kat dalam longkang yang hanya beberapa meter sahaja dari lampu trafik. Punya la sakit ponggong aku terhenyak kat gigi longkang tu....uhukkk.. Aku segera berusaha untuk bangun sebelum lampu bertukar jadi hijau. Dari jauh aku dapat tengok orang yang tengah berhenti kerana lampu merah tu memandang ke arah aku. Sobbs..
Aku berjaya bangun sebelum lampu bertukar warna. Tapi baru je aku nak mula berdiri, aku jatuh balik semula.. Terduduk dalam longkang yang sama. Sakitnya la kaki aku terpeleot. Uhukk... Aku usaha lagi untuk terus bangun. Yesss, kali ni aku berjaya. Tak lama lepas tu, kenderaan dari sebelah sanapun mula bergerak. Fuhhh...!!! Nasib baik la masa tu aku dah mula berjalan. Sampai je kat hostel, kawan aku yang tengah sidai baju terus tanya kat aku...
Kawan: Baru balik wakk....
Aku: Hmmm...(senyum-senyum kelat). Saya jatuh wakk...
Kawan: Haaahhhh....!!! Jatuh kat mana..??
Aku: Kat tepi jalan la...., terduduk masuk longkang...
Kawan: Laaa...., siannya awak. Penat sangat la tu. Pergi la mandi, bilik air takde orang tu....
Aku: Takde orang ke...? (aku cepat-cepat masuk dalam rumah sambil campak kasut tu masuk ke dalam tong sampah)
Kawan: Apsal lak buang kasut tu...?
Aku: Sebab dia la saya jatuh tadi....
Kawan: Pulakkkk...(senyum-senyum kambing je...)
p/s: Lepas solat maghrib, aku keluar dan ambil balik kasut kat dalam tong sampah tu.... wakakakakakaka... sayang bebbb. Kasut tu masih boleh pakai lagi.... Bukan salah kasut tu pun...