Pages

Thursday, July 16, 2009

JOM MAIN MASAK-MASAK...

Assalamualaikum.....



Ada sesiapa yang nak cuba resepi ni tak..?? Nak bagi free of charge je ni.... ekekekeke...

MASAK ASAM PEDAS SENYUM SOKMOLAH...

Bahan-bahan:

1 kilo ikan kembung yang besar dan segar (5/6 ekor)
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
1 genggam cili kering (digunting2 dan direndam seketika)
1 ikat bendi sederhana besar (anggaran 12 biji)
1 ikat/50 sen daun kesum (jika suka)
1 senduk besar minyak masak
1 sudu makan penuh asam jawa (bancuh dengan 2 mangkuk air)
garam dan serbuk perasa (secukup rasa)

Cara-cara:
1) Bersihkan ikan kembung. Tos dan ketepikan dahulu.

2) Basuh dahulu cili kering yang direndam tadi sambil buang bijinya.

3) Kisar/blender cili kering bersama bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup dengan sedikit air.

4) Panaskan minyak dalam periuk dengan api yang sederhana.

5) Bila minyak sudah panas, masukkan sahaja semua bahan2 yang telah dikisar tadi.

6) Kacau perlahan-lahan sehingga bahan2 tadi mula memercik.

7) Masukkan pula air asam jawa. Kacau lagi. Biar hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan pula daun kesum. Kacau lagi.

8) Masukkan ikan kembung. Kacau perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur.

9) Masukkan pula garam dan serbuk perasa secukupnya dan kacau supaya sebati.

10) Akhir sekali, masukkan bendi satu persatu. (Jangan potong bendi awal2 untuk mengelakkan dari berlendir).

11) Kacau gulai perlahan-lahan. Biarkan mendidih seketika. Lebih kurang 10 minit lepas tu, barulah tutup api dapur.

p/s: Dah siap...Mudah je kan...Ikan kembung tu boleh juga di ganti dengan ikan pari dengan syarat kuantitinya tetap 1 kilo.

SELAMAT MENCUBA DAN SENYUM SOKMOLAH....