Assalamualaikum....
Kali ni aku nak tempek salasilah pulak. Buat malu je kalau tak tau asal usul. Nanti ada pulak yang kata aku lupa diri...ahakks. Walaupun kadang2 ada sejarah yang pahit untuk kita telan, namun semua itu menjadikan kita lebih matang. Sejarah adalah pengalaman yang sukar untuk kita lupakan.
RAJA MELEWAR
Raja Melewar adalah anak Raja Minangkabau dari Pagar Ruyung. Nama asalnya ialah Raja Mahmud, putera kepada Sultan Abdul Jalil Pagar Ruyung. Raja Melewar telah dititahkan oleh ayahandanya untuk pergi ke Negeri Sembilan untuk menjadi Yang DiPertuan Besar yang pertama.
Sebelum Raja Melewar bertolak ke Negeri Sembilan, yang DiPertuan Pagar Ruyung telah memerintahkan seorang kerabat diraja bernama Raja Khatib untuk pergi lebih awal membuat persiapan menyambut Raja Melewar di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, sesampainya Raja Khatib di Seri Menanti, dia telah mengaku sebagai anak raja yang dihantar dari Pagar Ruyung. Penghulu Seri Menanti bernama Penghulu Naam telah mengahwinkan anak perempuannya dengan raja Khatib.
Sementara itu di Pagar Ruyung, angkatan Raja Melewar mula menuju Tanah Melayu. Bagaimanapun sebelum ke Negeri Sembilan, Raja Melewar telebih dahulu mengadap Sultan Johor yang kemudiannya menganugerahkan cap mohor dan diberikan kuasa untuk memerintah semua tanah jajahan di Negeri Sembilan. Selepas perlantikan itu, Raja Melewar dan angkatannya berangkat menuju ke Negeri Sembilam melalui Naning. Sampai sahaja di Naning, angkatan Raja Melewar
telah bertembung dengan angkatan perang Bugis pimpinan Daing Kemboja. Pertempuran berlaku dan akhirnya angkatan Bugis berjaya dikalahkan dan Daing Kemboja terpaksa melarikan diri.
Raja Melewar kemudiannya meneruskan perjalanan sehingga sampai di Rembau dan ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di Kampung Penajis. Tempat bersemayam Raja Melewar ini sampai sekarang diberi nama Kampung Astana Raja. Selepas pertabalan itu, Raja Melewar memimpin satu angkatan perang untuk menyerang Raja Khatib di Seri Menanti. Penghulu Naam bertindak men-
derhaka dan bangun memberontak menentang Yang Di Pertuan Besar Raja Melewar. Dalam peperangan itu Penghulu Naam berjaya dikalahkan dan dia telah dihukum pancung. Dengan itu selesailah ketegangan dalam pemerintahan Negeri Sembilan ketika itu.
sumber dari wikipedia
p/s: Patut la arwah atok aku (ayah abah aku) ada Raja kat depan nama dia. Arwah atok berasal dari Minangkabau gak. Adakah kami....?? Ohh....tak mungkin....!! (perasan kejap...)
*Jangan tamak dan suka ambil hak orang lain kerana buruk akibatnya...