Pages

Saturday, October 31, 2009

PRINSIP-PRINSIP ADAT PERPATIH

Assalamualaikum...

Aku nak sambung balik cerita yang lepas hari tu. Sebenarnya aku dah simpan dah post ni dalam draft, tapi disebabkan server asyik mengong je sampai akupun jadi lupa. Al-maklum la, akukan sedang menunggu status untuk menjadi warga emas... huahuahua.. Okay, mulakan fokus...

Adat Perpatih mempunyai 5 prinsip utama.

1)Keturunan dikira melalui nasab ibu:
Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap "bonda kandung" iaitu ibu yang melahirkan anggota2 masyarakat. Seseorang individu itu adalah suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

2) Tempat kediaman adalah di kawasan ibu si isteri:
Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan mula meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang "semenda". Pada zaman dahulu, si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isteri nya.

3) Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka:
Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang "saka" (jawatan2 dalam adat) mana kala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

4) Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang:
Dalam sesuatu perut atau suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya.Oleh kerana itulah perkahwinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang haknya untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

5) Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku:
Untuk tujuan perkahwinan atau waris-mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara "berkedim". Dalam upacara ini, seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli2 suku yang akan disertainya.

PEMBAHAGIAN HARTA:

Selalu menjadi topik perdebatan hangat dalam Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada "perempuan". Inilah satu2nya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan.

"Sebenarnya, pemberian pusaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata2 untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.

Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa sekali pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya, dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup."

Akan tetapi, harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian, pem- bahagiannya adalah mengikut "hukum fara'id" (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).
(sumber dari Wikipedia).

p/s: Diharap agar semua faham dengan adat ini. Janganlah sesuka hati dan sesedap rasa je menuduh perempuan Negeri Sembilan kaki cukur atau "queen control".