Assalamualaikum....
Sebagai memenuhi permintaan dari Erna dan cikELA, aku letakkan kat sini resepi kek yang aku buat hari tu. Orang lain kalau nak ambil resepi ni pun boleh jugak. Tapi kalau dah buat kek ni nanti, hantar2 la barang sepiring dua kat rumah aku ya. Macam laa resepi aku ni best sangat. Muahahahah. Maksud aku tu, sedekah2 la kat jiran kiri kanan jika kek tu menjadi. Kalau tak menjadi jangan bagi...!! Nanti kena ngumpat lak. Ahakk...
KEK DARI MATA AZYMA (nama takleh blah bebb... hikk...)
Bahan2:
250g tepung gandum
220g gula aising (manis2 buah)
6 biji telur ayam (asingkan kuning dan putih)
1 buku buttercup
1 penutup esen vanilla (penutup botol tu)
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu makan pewarna hijau (untuk kek yang kaler hijau tu ya..)
Cara2:
1) Ayak tepung bersama2 dengan baking powder dan soda bicarbonate. Ketepikan dahulu.
2) Pukul putih telur dahulu sehingga benar2 kembang. Kemudian ketepikan juga.
3) Selepas itu barulah pukul gula aising bersama dengan buttercup. Pukul sehingga kembang.
4) Masukkan esen vanilla. Pukul lagi.
5) Masukkan kuning telur. Teruskan memukul sehingga adunan sebati dan kembang.
6) Selepas itu masukkan putih telur yang telah siap2 dipukul tadi. Kaup2kan adunan biar rata. Tak perlu pukul lagi.
7) Barulah masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan2 supaya adunan kek benar2 bersatu.
8) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau dan satu lagi biarkan warna asal.
9) Masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam loyang pembakar yang telah siap digriskan. Masukkan adunan sehingga habis semuanya.
1o) Bakar kek sehingga masak. (Lebih kurang 45 minit-1 jam) dengan suhu 180 darjah. (Oven haruslah dipanaskan dahulu. Jika tidak, masa pembakaran akan jadi lebih lama lagi)
p/s: Untuk kek coklat pulak, tepung gandum cuma 240g. Manakala gunakan coklat serbuk van houten sebanyak 5/6 sudu makan penuh. Dan tak perlu pewarna hijau. Bahan2 yang lain adalah sama sahaja. Cuma kalau nak letak dalam cup, jangan bakar lama sangat, kena pandai agak2 la timing dia. Maybe dalam 15-20 minit kott.... huhuhu...
(harap2 menjadi la ya kek yang akan korang buat nanti. Apa2pun, cubalah dahulu okay...)