Pages

Friday, December 4, 2009

SAKIT MATA vs CUCI MATA....

Assalamualaikum....

Selasa lepas aku pergi ke klinik mata kat Bentong. Mata mak aku
dah makin kelabu sebab katarak yang tebal. Pastu dia mengadu
mata dia asyik pedih dan berair je. Lagipun, dah ramai jiran2 kat
sini yang buat laser mata kat klinik tu dan dorang cakap lepas je laser, mata dorang dah jadi terang balik semula. Mak aku tu sebenarnya takut nak buat laser2 ni, tapi disebabkan dah tak tahan, dia pergi jugak la.


Aku cuma bagi semangat je la. Aku cakap, lepas laser ni kena la pantang sikit. Jangan degil sangat nak buat semua benda/kerja... sebab mak aku ni aktif sangat pasal kerja2 luar ni. Tak macam aku yang aktif ngadap lappy je.....muahahahaha....


Resit bayaran for consultation + procedure + medicine = rm85



Ubat yang perlu dititikkan sebelum pergi ke klinik. Ubat ni akan mengembangkan mata hitam dan ianya perlulah dipulangkan semula kepada klinik/doktor...)



Aku siap mintak kad ni sebab aku cakap aku nak tolong promot klinik mata dia (dua2 doktor kat sini ensem wooo....hehehe...)



Balik dari klinik pekena nescafe japp. Apo kocik na bona cawan ehh ni. Kodokut gilo mamak ni....hohoho...



Dan roti canai juga. Bantai oder 2 keping sebab tak sempat nak sarapan kat rumah. Dah la dari malam lagi aku tak makan....huhu...



Inilah hasilnya bila dah cuci mata. Aku cakap kat mak yang aku berkenan dengan kabinet tv ni. Dan duit untuk laser mata sudah pergi ke tangan tokey kedai ni....huahuahua...


p/s: Sesiapa yang mata dia dah makin kelabu tu, cuba2 la ushar
klinik ni ya. Tapi bila mata tu dah terang, jangan pulak makin galak ushar benda lain. Bukan apa, takut nanti mata tu jadi kelabu balik semula ataupun langsung tak nampak apa2 dah..... heuheuheu....

*** Isnin ni baru mak aku laser mata dia. Dah buat appointment
dah. Kena ada kat klinik sebelum pukul 12 tengahari. Doakan agar
semuanya selamat ya kawan2. Macehh...(kos sebelah mata ialah
rm2800. Tapi disebabkan mata mak aku agak tebal selaputnya, kena caj rm3200....Okay la tu....!!)
.