Pages

Thursday, February 4, 2010

ASYIK MARAH JE.... Rilex la bebb...

Assalamualaikum...

Kat bawah ni merupakan artikel yang aku copy paste dari Mingguan Malaysia keluaran 31/01/2010. Dan aku tambah sikit2 la kat mana2 bahagian yang aku rasa perlu. Agak2nya la kan, ada tak orang yang nak baca post macam ni ehh...?? Tak payah nak cakap banyak la kan. Akupun kadang2 susah gak nak baca kalau post yang sebegini. Banyak setan yang bertenggek kat kepala agaknya, tu yang berat je nak masuk ilmu tu... huhuhu.... Okay la, kalau ada yang nak baca, silakan la ya...

-------------------------------------------------------------

Pernahkah anda marah kerana disakiti atau berasa hati? Namun, bagi mengawal keadaan, anda tidak perlu menonjolkan emosi tersebut. Menegur tidak salah tetapi anda perlu belajar mengawal perasaan marah tersebut. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan. Marah memang sifat semulajadi manusia yang antara lainnya berpunca dari keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan2, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.

Jika kita berhadapan dengan orang yang sedang marah, cubalah hadapinya dengan berpandukan langkah2 berikut:

1) Beri peluang kepada orang yang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.

2) Jangan menyampuk ataupun merendah-rendahkannya (walaupun dia sebenarnya spesis katik atau ayam serama..... hehehe...).

3) Kaji dahulu punca kemarahan itu dan cuba untuk mengatasinya. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, segeralah meminta maaf daripadanya (jangan ego sangat bebb...).

4) Cubalah bertanya dengan lembut beberapa soalan kepadanya untuk tujuan membantu menyelesaikan masalah tersebut. Dan yang penting, bersedialah menerima kemarahan yang dihamburkannya dengan tenang (boleh ke uuuuu..... hahaha...).

Dan cara2 untuk mengatasi kemarahan dalam Islam ialah:

1) Mengubah posisi.
~> Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan kemarahannya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim).

2) Berwuduk.
~> Rasulullah s.a.w bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud).

3) Pergilah minum air (air yang HALAL sahaja ya. Jangan pulak korang pergi minum AIR KENCING KUDA... Takut nanti ada pulak yang kena tendang.... muahahahaha...).

4) Mendiamkan diri ketika marah (Boleh ke...?? Cuba je dulu ok).

5) Berlindung kepada Allah dari syaitan.

6) Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat yang sesuai.

7) Berfikiran positif (dan matang).

8) Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat. Elakkan daripada memekik atau bertindak garang (errrrkkkk....!!!).

9) Bawa bertenang seperti menarik nafas sedalam-dalamnya.

10) SENYUM...!!! Kerana SENYUMAN MAMPU MEREDAKAN TEKANAN...

p/s: Oleh itu, teruskan hari2 yang mendatang dengan senyuman seindah suria. Senyumlah.. senyumlah.. ahaii.. SENYUM SOKMOLAH.. ekekeke..