Pages

Friday, February 26, 2010

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT: AKHIRNYA.....

Assalamualaikum....

ARKIB : 25/02/2010 (Utusan Malaysia)

Eksekutif telekomunikasi ditahan

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Rahsia di sebalik gaya hidup mewah seorang eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi terbongkar tengah malam tadi, apabila dia ditahan polis kerana disyaki menjalankan kegiatan terlarang.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun itu menjadi dalang di sebalik penjualan klip video lucah kepada pelanggan syarikat itu melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali mengesahkan suspek memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan.

Pegawai itu berkata, setakat ini, lelaki berkenaan telah mengaut pendapatan hampir RM11 juta.

Suspek ditahan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya berikutan satu laporan polis oleh syarikat berkenaan minggu lepas.

Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi memudahkan penyiasatan.

Penyiasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan.

Syarikat telekomunikasi terbabit dikatakan menggantung tugas lelaki berkenaan sementara menunggu hasil penyiasatan lanjut tentang kegiatannya itu. - Bernama


p/s: Kalau betul memang dia punya kerja, aku harap dia dapat hukuman yang setimpal. Kepada sesiapa yang dapat sms seperti yang pernah aku masukkan kat dalam post aku sebelum ni, korang jangan berdiam diri... Korang bagi je nombor enpon orang yang suka forward sms lucah ni kat polis, tak pun sebarkan je nombor tu kat blog/wall FB korang tu. Jangan suka forward2 sms bodoh macam ni ya adik2... abang2... kakak2... makcik2... pakcik2... ??? Kelak nanti korang lak yang akan kena "forward" ke dalam lokap... "MAKAN FREE" bebbb... huahuahua...
.