Pages

Thursday, May 13, 2010

SIAPA NAK MAIN TEKA-TEKI...??

Assalamualaikum....

Aku ada satu teka-teki nak bagi korang. Kalau korang rajin berfikir dan nak cuba menjawab, dipersilakan. Kalau korang malas nak melayan teka-teki ni, suka hati ko la labuuuuu.... Akupun malas nak paksa-paksa orang ni... kwangkwangkwang.....

Teka-tekinya berbunyi begini:

Japppp... Sebenarnya aku copy paste je teka-teki ni dari satu page tu. Jangan marah haaaa....

Ni dia teka-tekinya. Sila baca dengan penuh emosi untuk mendapatkan pemahaman yang maksima. Kalau dah benar-benar faham, barulah boleh dapat mencari jawapannya. Tak gitu bang aji...?? Abang aji mana pulak ni... Tetiba je kuar nama dia.... Ni la kesannya bila terlalu asyik melayan drama tempatan.... hakhakhak...

Okay... okay.... okay... Teka-tekinya berbunyi begini:

Ada sepasang lipan sedang merayap-rayap di atas jalanraya. Bila sampai je kat satu simpang tiga, si lipan jantan tiba-tiba menjerit kesakitan. Manakala si lipan betina pula terus kehilangan dua batang kakinya....

Soalannya: Ke manakah hilangnya dua batang kaki lipan betina tersebut... dan kenapakah lipan jantan itu menjerit kesakitan...??


Nota bernas campur sengal: Ada mata pandang.... ada telinga dengar.... ada mulut DIAM...!!! Ni slogan untuk para pengutuk pasukan badminton Malaysia... Takdo kojo lain.... asek nak mengutukkkkkk yoooo... Bagi ponampa kang terus bisu... hohoho...