Pages

Monday, November 15, 2010

SOAL JAWAB MENGENAI UDHHIYYAH...

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi apa yang aku baca dalam buku Soal jawab Fardhu 'Ain dan Amalan Keluarga Bahagia susunan Ustazah Hjh. Raimah Kamat dan Ustazah Fazilah Ahmad dan disemak oleh Tuan Hj. Morsid Hj. Maarof Al-Qadhi...

-----------------

Apa erti Udhhiyyah (korban) dan apa hukumnya?
Udhhiyyah pada bahasa ertinya "Waktu Dhuha". Pada istilah agama bererti nama bagi sembelihan korban yang diperintahkan menyembelihnya pada waktu dhuha pada hari-hari 10, 11, 12 atau 13 haribulan Dzulhijjah untuk menghampirkan diri pada Allah dengan niat korban. Hukumnya sunat muakaddah iaitu sunat yang amat dituntuti.

Apakah binatang yang boleh dibuat korban?
Binatang yang boleh dibuat korban ialah unta berumur antara 5-6 tahun, kerbau, lembu dan kambing berumur antara 2-3 tahun dan kibasy iaitu biri-biri berumur satu tahun. Binatang seperti unta, lembu dan kerbau boleh dikongsikan seramai 7 orang bagi seekor korban sekalipun masing-masing mempunyai tujuan yang berlainan.

Bilakah waktu menyembelih korban?
Waktunya ialah setelah menunaikan sembahyang 'aidil adha dan dua khutbah.

Apakah syarat binatang yang hendak dibuat korban itu?
Segala binatang yang hendak dibuat korban itu hendaklah binatang yang sihat, gemuk, tidak nyata butanyaa, tidak nyata tempangnya, jangan terpotong telinga atau ekor atau lidahnya atau yang gila, yang baru beranak, yang bunting melainkan jika binatang itu telah dinazarkan. Tidak mengapa jika yang terpatah tanduknya, yang terbelah telinganya, yang rongak giginya atau yang dikemilikan. (kemilikan ni apa ehh...)

Bagaimana niat korban?
Niatnya adalah sebagaimana berikut:
"Ya Allah, terimalah korban dari hamba-Mu, sebagaimana engkau menerimanya dari Ibrahim khalil-Mu dan Muhammad kekasih-Mu".

Bagaimanakah pembahagian daging korban?
Sunat dibahagikan satu pertiga kepada yang membuat korban, satu pertiga disedekahkan kepada sahabat handainya, tetapi yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin kecuali hati dan limpanya sahaja untuk orang yang membuat korban. Melainkan jika korban itu dinazarkan maka semua daging termasuk hati dan limpanya hendaklah disedekahkan sekali. Hendaklah disedekahkan daging korban yang masih mentah dan basah.


Aku kata: Aku tak berapa faham sangat dengan ibadah korban ni. Ada orang cakap, siapa yang nak buat korban, dia kena pegang dan gosok-gosok badan binatang yang nak dikorbankan tu dan kena tengok binatang tu disembelih.. Betul ke..?? Aku takut nak pegang lembu ni... Apa lagi nak tengok dia kena sembelih... Aku tak berani laa.. Camner ni... Kalau tak pergi tengok tak boleh ke ehh...? Ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan tak...?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Update:
Kat sini ada sedikit info mengenai ibadah korban ni...



Juga di sini....