Pages

Tuesday, March 1, 2011

HILANG..??

Assalamualaikum...

Hilang..??

Bertenang..
Takde apa yang hilang..
DJ bertugas adalah Isma Halil..
Topik yang diberi ialah mengenai hilang yang berkisar tentang kehilangan seseorang samada disebabkan kematian atau melarikan diri dari rumah tanpa dapat dikesan.. Dia tidak mati, tapi hilang..

Aku takde la fokus sangat dengar radio ni sebab tengah leka melayan tv. Entah macam mana, tiba-tiba aku terdengar la perbualan dari seorang pemanggil lelaki ni. Mungkin diapun nak berkongsi cerita atau pendapat. Tak ingat pulak aku siapa nama mamat ni... Tak kisah la tu kan..

Isma: Okay, cuba ceritakan apa yang hilang tu..

Pemanggil: (Dengan selamba menjawab...)
Berat badan saya yang hilang bang...


Hahahahaha....

Laughing Smiley

Terus meledak ketawa aku dengar jawapan mamat tu. Tapi dia dengan Isma rilek je. Ismapun sambung lagi bertanya..

Isma: Ko ni biar betul. Orang tanya pasal hilang lain, ko cakap hilang lain...

Pemanggil: Betul la ni bang. Saya memang telah kehilangan berat badan saya ni...

Isma: Hakhakhakhak... Laughing Smiley


Lepas tu akupun hilang fokus gara-gara tergelak yang keluar secara spontan tadi...

(Lebih kurang camtu la dialog perbualan dorang tu. Tak mampu aku nak ingat secara terperinci haaiihh...)

Aku kata: Terus hilang ngantuk aku... Apa lagi, mehh la gelak sama-sama... hehe... Kalau malu, gelak je dalam hati... kihkihkih...Laugh.

JANGAN TERLALU MUDAH MENILAI ORANG...

Assalamualaikum...

Jangan terlalu mudah menilai orang...

Baik dari sudut apa sekalipun samada dari cara pakaian dia, percakapan, penulisan, pemakanan dan apa aje la yang berkaitan dengan cara hidup mereka. Kadang-kadang pelik bin ajaib jugak dengan sikap sesetengah golongan manusia yang seakan-akan begitu seronok menjalankan penilaian sehingga dia terlupa untuk menilai dirinya sendiri..

Susah jadinya bila bercerita tentang kebenaran, tentang kehidupan seharian yang berlaku di sekeliling kita jika apa yang kita ceritakan itu dijadikan bahan untuk menghentam kita balik. Kalau macam tu la persepsi kita, lebih baik cerita yang baik-baik aje agar dapat menutup mulut orang dari bergosip. Bukankah itu hipokrit namanya? Berpura-pura baik namun pada hakikatnya..??

~~~~~~~~~~~

Tiba-tiba teringat kisah lama. Memang dah lama berlalu kisah ni tapi masih lagi aku ingat untuk aku jadikan panduan agar tidak cepat menilai orang lain.

Sewaktu berjalan-jalan di satu shopping kompleks, mata terpandang pada seorang gadis yang berpakaian agak kurang menyenangkan mata. Aku hanya memandang tapi kawan aku dah mula bersuara dan berkata, seksinya baju dia. Aku kata itu uniform kerja dia, terpaksa la dia pakai. Kawan ni cakap lagi, dah la skirt pendek, baju ketat lak tu, macam nak terjojol je 'benda' dia. Dia ketawa dan aku ikut ketawa dengan bebelan dia. Tapi mata aku terus meleret memandang gadis tu. Aku tau gadis tu perasan yang kami berdua sedang memerhatikan gerak-geri dia yang mengusung dulang kecil ke sana sini..

Kemudian, kami terserempak lagi dengan gadis tadi di hadapan tandas bersebelahan ruang solat kat shopping kompleks tu. Kami berdua yang konon-kononnya sopan berpakaian baju kurung serta bertudung ini hanya masuk ke tandas untuk melepaskan hajat dan keluar semula bila dah merasa lega. Namun, gadis yang berpakaian seksi tadi keluar dari tandas dan terus masuk ke dalam ruang solat tersebut.

Mata kami berpandangan sesama sendiri. Bilik yang berdinding kaca dan dilindungi dengan langsir tebal itu kami jenguk. Mata terpaku bila nampak gadis tadi tu menyarung telekung dan tersenyum memandang ke arah kami. Kalau tadi mukanya dipenuhi dengan mekap, kini mekap tu dah takde dah. Tiba-tiba muka aku terasa panas. Aku malu sendiri..

Aku: Ko tengok. Dia yang pakai baju camtu boleh sembahyang. Kita ni?

Dia: (Gelak). Ha'ah la kak. Buat malu je kita ni, kan kak...

Aku: Tu la. Lain kali jangan cepat sangat nak kutuk orang..

Dia: (Gelak). Akakpun sama jugok. Tadi akak gelakkan dia jugok..

Aku: Akak gelak sebab ko kata tersembul tu. Bukannya gelakkan baju dia..

Dia: (Gelak lagi). Ye la.. Ye laa.. Pasni tak gelakkan orang dah. (Gelak lagi).

Sudahnya kami gelak tak habis-habis. Solatnya tidak jugak. Sia-sia je berbaju kurung dan bertudung...(Bisik dalam hati)

Namun, kejadian ini membuka mata kami. Jika keluar bershopping dan tidak sempat untuk solat di rumah, kami akan solat di ruang solat yang disediakan. Dan terima kasih kepada gadis itu yang telah 'menyedarkan' kami secara tidak sengaja..

Ayat copy paste:
Ketawa merupakan puncak kegembiraan dan keceriaan. Namun begitu, ketawa yang diizinkan tidak berlebihan sebagaimana pepatah:

"Janganlah engkau banyak ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati."

Aku kata: Memang seronok ketawakan orang. Namun, adakah kita juga turut merasa seronok jika orang ketawakan kita..?