Pages

Monday, April 4, 2011

Tak kisah la bocorpun.. =D

Assalamualaikum...

Betul ke keputusan ABP bocor?

Sebelum keputusan diumumkan, aku dah terbaca kat beberapa blog yang memberikan jawapan tepat untuk semua kategori. Tapi tak kisah la kan, ini hanya keputusan ABP je, tak menjejaskan apa-apapun. Agaknya la... =D

Aku tengok separuh je siaran langsung ABP ni sebab macam biasa la, aku mesti tengok drama Trilogi Cinta yang aku follow dari awal lagi tu. Habis je drama tu, terus aku sambung tengok ABP balik semula.

Aku suka jugak dengan keputusan ABP kali ni. Lagipun tahun ni Tok T tak masuk bertanding, jadi takde la aku nak berdebar-debar sangat. Kalau Tok T masuk jadi calon, opkos la aku nak dia menang. Tak kira la dia dah menang banyak kalipun... Okay la si SS tu menang untuk kategori utama walaupun aku jarang tengok lakonan dia. Dan aku suka tengok gelagat dorang sebelum diumumkan pemenang kategori utama tu.. Sangat kelakar okay... Sakit perut aku gelak... hahaha...


Apapun, tahniah kepada semua pemenang. Dan paling best adalah persembahan penutup dari Tok T tu. Mantap sangat... Aku suka.. Siap ikut goyang-goyang sama... =D


Pakaian artis pulak, aku takmo komen la. Bagi aku, jika kita rasa pakaian mereka tak bagus atau tak bersesuaian, kita tak perlu nak jadikan ikutan. Tak perlu nak salahkan artis dengan mengatakan bahawa pakaian mereka menjadi ikutan peminat. Kita ada akal dan boleh fikir sendiri. Dan kita juga telah diajar oleh ibu bapa untuk berfikir serta memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Janganlah mudah sangat nak salahkan satu-satu pihak. Salahkan diri sendiri kenapa begitu lemah dan mudah terikut-ikut dengan trend terkini. Tepuk dada, tanyalah iman. Mengata lebih-lebihpun buat tambah dosa je. Lagipun dorang mesti dah bersedia dengan jawapan standard. Sudah semestinya orang yang rapat dengan mereka yang akan mengomen dahulu cara penampilan mereka tu. Jadi, kita ni tak perlulah nak bising-bising sangat. Tak suka tengok, jangan tengok. Mudah je kan.

Aku kata: Kata tak suka nak tengok, tapi tengok jugak sampai akhir. Siap mengutuk lagi tu.. Isshh...isshh...isshh... Siapa la agaknya tu ya... **wink... wink....