Pages

Thursday, April 7, 2011

Petua untuk semua, bukan untuk yang muda je..

Assalamualaikum...

Petua untuk semua, bukan untuk yang muda je..

Aku nak kongsikan beberapa petua yang aku ambil dari koleksi buku kat rumah aku ni. Daripada biarkan buku tu dibaca dek lipas, baik aku letakkan kat sini. Mana la tau kalau-kalau ada yang teringin untuk mencubanya.

Jom tengok petua apa pulak kali ni..

1 - Menghilangkan bau hamis/hanyir di tangan:
Jika menyiang ikan, daging lembu atau daging ayam, sudah tentulah tangan kita akan berbau hamis/hanyir. Jika kita tak mencuci dengan betul, bau tu susah nak hilang dan akan terus melekat. Ambil beberapa helai daun pucuk jambu batu dan ramas dengan air. Kemudian, lumurkan pada tangan anda dan anda akan dapati bau hamis itu akan segera hilang.

2 - Menghilangkan tanda lebam di bawah mata:
Selain daripada krim khas yang boleh dibeli, air perahan lemon juga amat baik disapukan di bawah mata. Lakukan cara ini sebanyak dua kali setiap hari dan anda akan mendapati hasilnya sungguh memuaskan. Cuba la ya.

3 - Mengubati kembung perut:
Masalah ini sering dialami oleh ibu-ibu yang mempunyai bayi yang berusia sebulan hingga enam bulan yang mengalami masalah kembung perut disebabkan masuk angin.

Ramas kasar daun ati-ati berwarna ungu yang dicampurkan dengan sedikit kapur sirih sehingga keluar airnya. Kemudian, letakkan campuran tadi ke atas perut bayi yang kembung dan pakaikan dia barut. Insyaallah, selepas itu kembung bayi anda akan segera hilang.

4 - Sembuhkan kembung perut dengan bawang putih:
Jika anda alah dengan sesuatu makanan, perut anda akan cepat merasa kembung. Jika perut dah kembung, segalanya menjadi tidak selesa. Jangan biarkan keadaan ini mengganggu anda.

Ambil dua ulas bawang putih yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan tiga sudu makan minyak kelapa. Sapukan campuran ini ke atas perut dan belakang badan anda dan biarkan selama beberapa minit sehingga anda TERKENTUT dan merasa sedikit lega. Ulangi proses yang sama beberapa kali sehingga perut anda betul-betul sembuh.

Cukuplah setakat ini je. Lain kali kalau rajin, aku cari lagi ehh... Bagi petua banyak-banyakpun kalau takde yang nak cuba, takde guna jugak, kan.. =)

p/s: Sudi-sudikan la Like page fb untuk blog aku kat sidebar tu ehh... :p