Pages

Sunday, April 10, 2011

Betul ke dengki khianat itu budaya kita..? Kenapa..?

Assalamualaikum...

Aku baru je selesai menonton siri akhir drama Trilogi Cinta. Okay la ending dia sebab hepi ending. Takde la nak biarkan ending tu tergantung camtu je. Malas nak fikir kalau tengok cerita yang tergantung ni. Tengok drama untuk santai bukannya untuk berfikir sampai kerut-kerut jendol..

Lupakan pasal drama tu. Dah tamat dahpun... ngehngehngeh..

****************************************

Seminggu lepas aku dapat sms dari seorang kawan aku. Disebabkan aku agak sibuk, aku terlupa untuk membalas sms tu. Semalam aku baru teringat pasal sms tu dan terus je aku call dia. Namun panggilan aku tu tak berjawab.

Petangnya, dia hantar sms dan minta maaf sebab tak jawab panggilan aku tu. Takpe la, aku sekadar nak bertanya khabar je. Rupa-rupanya dia nak bagitau yang dia telah ditimpa musibah. Mungkin dia nak berkongsi akan kesedihan dia tu. Takpe la, aku sedia mendengar. Tak rugi apa-apapun jika menjadi pendengar setia akan permasalahan orang ni..

Dia bagitau yang perusahaan ternakan ikan keli dia bersama abang dia tu kena khianat. Habis semua ikan keli tu, baik yang sepanjang 5 inci hinggalah yang seekor sekilo tu mati. Terduduk abang dia bila tengok semua ikan tu terapung je.

Yang dia sedih sangat tu ialah pasaran untuk ikan keli dia tu dah stabil. Kiranya dia dah ada pembeli tetap la. Lagipun ramuan untuk makanan ikan tu dia yang cipta resepinya. Dia tak nak la menuduh sesiapa sebab tak tau siapa dalang di sebalik semua tu.

Menurut kawan aku tu, dalam tangki simpanan air untuk supply air ke kolam keli dia tu ada bangkai ular. Lepas tu saluran polypaip yang dorang pasang dari atas bukit tu kena cabut padahal kat situ ada lagi polypaip untuk ke kolam orang lain. Ditambah lagi dengan air kolam yang berwarna merah sedangkan air kolam orang lain cantik je macam biasa. Dan macam-macam lagi perkara lain yang menjadi kemusykilan.

Akupun tak tau nak kata apa la kan. Aku cuma sekadar menyabarkan dia. Moga dia dan abang dia tidak putus semangat. Tapak untuk kolam ikan tu dorang sewa. Lepas tu kolam tu dorang tengok waktu siang je. Kiranya waktu malam takde siapa yang jaga kolam tu. Lagipun dia duduk jauh dari situ, amat mustahil la kalau dia nak tengok kolam tu bila malam. Mungkin orang yang khianat tu buat kerja waktu malam la. Bukan la nak menuduh namun segalanya berkemungkinan.

Kawan aku tu sebut juga, mungkin orang dalam yang buat kerja tu. Tapi seperti yang aku kata tadi la, bukan nak menuduh. Kadang-kadang firasat hati kita ni betul juga. Cuma bukti je yang takde untuk dijadikan bahan bukti yang kukuh.

Jika benar keli tu mati dek perbuatan khianat, moga si pengkhianat tu mendapat imbuhan yang sewajarnya. Hari ini kita aniaya orang, esok lusa orang pula akan aniaya kita. Tunggu dan lihat aje la pembalasan dari DIA. Hari ini ko boleh ketawa berdekah-dekah melihat kesedihan orang, namun esok lusa mungkin ko akan terus rebah menyembah bumi atas sumpahan dari mereka yang ko aniaya..

p/s: Mudah-mudahan golongan yang teraniaya ini akan terus kuat dan tabah untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang...

Aku pasti merindu mereka...

Assalamualaikum....

Aku pasti merindui mereka...

Setelah beberapa minggu kami bersama, kini sudah tiba masanya untuk kami berpisah. Sedih bila memikirkan ke mana arah tujuan aku selepas ini. Mungkinkah pengganti yang sudah sedia menunggu itu dapat memenuhi cita rasa aku. Entah la, akupun tak pasti. Namun, bila melihat wajah salah seorang dari mereka, hati aku merasa sedikit hambar. Ahhh... Hati ini mudah sangat membuat penilaian secara rambang sebelum mengenali kehalusan yang mungkin tersembunyi di sebalik gambaran kasar itu. Sabarlah duhai hati... Ku pujuk hati ini agar tidak terus berduka-lara...

Aku begitu teruja untuk mendekati mereka. Mengenali kehidupan mereka yang dipenuhi dugaan itu seperti memberikan aku seribu satu kekuatan. Jika kekuatan itu sudah dibawa pergi, bagaimana dengan aku..?? Mampukah aku untuk terus berdiri..? Aku yang sentiasa dibayangi sifat mudah putus semangat ini sememangnya amat memerlukan kekuatan untuk aku terus bertahan..

Malam ini adalah merupakan malam perhitungan. Perhitungan yang sentiasa aku nantikan dengan penuh gejolak debaran. Mampukah aku untuk menerima keputusan itu nanti..? Ya Allah, berilah aku kekuatan agar aku tidak jatuh pengsan tatkala menerima kejutan itu nanti. Kalau la ditakdirkan aku pengsan, siapa yang nak angkat aku..? Dah la aku ni gedebak gedebuk beratnya... huhuhu..

Kepada mereka yang seperti aku, yang sentiasa mengikuti siri drama Trilogi Cinta, nantikan episod terakhir drama ini di TV1 pada pukul 10 malam ini. Lupakan seketika bola BPL tu... hikhikhik... Bola tu kat Astro, nanti boleh tengok ulangan sedangkan drama kat TV1 ni susah sikit nak ada ulangan.. =))

Harap-harap malam ni bekalan letrik tidak terputus seperti semalam. Kalau blackout lagi, memang sah-sah awok nak suruh kiter bako awok la tu... Awok kata la soley soley banyak kalipun, kiter tetap akan bako awok... :P

p/s: Aku 'ter'suka pulak dengan pelakon yang bawa watak Badrul tu. Siapa nama dia ehh..?? Ada peluang untuk jadi Rosyam Nor junior mamat tu.. Keep up a good work... kehkehkeh...