Assalamualaikum...
Ini adalah dialog kawan aku suatu masa dahulu...
Asal telefon je, duit.. Asal duit je, telefon..
Takde benda lain ke nak sebut kat dalam telefon tu selain dari duit.. duit.. duit...
Bukannya nak tanya khabar aku. Sihat ke aku ni.? Dah makan ke aku ni..?
Rimas nak dengar. Kadang-kadang rasa macam nak menyumpah je...
Kawan aku ni selalu sangat didatangi dengan panggilan telefon dari abang dia. Dia sendiri dah naik cemuih dah. Kadang-kadang kesian jugak aku tengok kawan aku tu. Gaji kitorang yang jadi operator kilang ni bukannya besar macam gaji orang lulusan U. Berapa sen la sangat. Itupun terpaksa bajet ketat-ketat. Kalau lari bajet je, alamatnya kena korek la duit simpanan sedangkan duit simpanan tu pun bukannya beribu. Sekadar untuk mengisi waktu terdesak je.
Selalunya lepas je kawan aku tu dapat panggilan tu, dia akan mengadu kat aku. Ada masanya aduan tersebut bercampur-baur menjadi bebelan. Aku ni sebagai kawan, terima dan dengar aje la. Ada masanya marah jugak kat abang dia tu sebab saban bulan telefon nak pinjam duit kat adik dia tu. Pinjam selalu, bayarnya selang-selang.. Ikut rezeki la..
Abang kawan aku tu bekerja. Isteri diapun bekerja jugak. Anak pulak cuma seorang je dan masih sekolah tadika (masa tu la.). Itu yang buat kawan aku pelik. Gaji dua orang tu masih tak cukup lagi ke kalau nak bandingkan dengan gaji dia. Alasan abang dia, duit tak cukup untuk bayar ansuran rumah. Lagi melenting la kawan aku tu. Dia kata rumah teres yang murah ada, yang pergi beli kondominium tu nak buat apa. Berlagak macam orang kaya, bebel kawan aku tu. Sudahnya dia menyalahkan kakak ipar dia yang eksen dan nak jaga status dan menyalahkan abang dia yang terlalu ikutkan cakap isteri. Engkau yang berhutang, aku pulak yang nak kena bayar, apa hal..? Tu kata kawan aku ya, bukan aku yang kata...
Selalu jugak aku tengok kawan aku tu menangis. Memang la dia tak menangis kat depan aku, tapi bila tengok mata dia merah semacam je, aku tau la dia menangis. Dia pernah cakap kat aku dan kata aku ni beruntung sebab dapat simpan duit gaji, takde nak kirim kat kampung ataupun adik beradik tak meminta-minta. Tidak seperti dia yang terpaksa kirim ke kampung setiap bulan.
Memang aku tak pernah kirim duit kat mak abah aku. Tapi, aku selalu balik dan bila balik je, aku akan pastikan ada sedikit duit untuk dihulurkan kepada mak aku. Bab adik beradik nak pinjam tu, rasanya tak payah la nak bagitau semua, ya tak.? Pandai-pandai la aku cover air muka ni bila dapat panggilan telefon macam tu.
Kebiasaannya aku plan, jika nak balik kampung je, duit gaji bulan sebelumnya yang biasanya untuk disimpan, tidak akan aku usik untuk tujuan lain. Terpaksalah kuatkan hati jangan sampai tercuit duit tu. Aku bernasib baik jugak sebab tidak dikurniakan dengan perangai suka joli sana-sini. Bersyukur jugak sebab kawan-kawan rapat aku jenis yang suka duduk rumah dan keluar bila perlu je. Bukannya tak ada kawan yang kuat bershopping ni. Ada. Cuma aku kenalah jauhkan diri dari dorang. Tak termampu aku nak ikut lagak dan gaya dorang tu... huhuhu...
Kawan aku tu sekarang masih lagi bekerja walaupun dah bertukar syarikat. Aku pulak dah balik ke sini. Sesekali menelefon dia, masih ada lagi keluar cerita yang sama. Dah bertahun-tahun berlalu namun dia masih lagi dibebani dengan panggilan hangit nak pinjam duit tu. Bila la dorang nak biarkan hidup dia aman ehh... Bila call dia je, mesti dia minta maaf dulu kat aku sebab asyik aku je yang call. Aku cakap, tak apa la. Aku faham masalah dia tu. Lagipun bukannya selalu call.. Sebulan sekali atau dua bulan sekali je..
Mak aku dari dulu sampai sekarang, ada je dapat panggilan hangit. Kadang-kadang aku pulak yang hangin padahal bukannya duit akupun. Sesekali tu geram la jugak. Senang-senang je call mintak duit. Dapat pulak tu. Aku dulu tak pernah call mak abah aku semata-mata nak mintak duit. Pandai-pandai sendiri la berada jauh di perantauan... huhuhu...
p/s: Dulu, aku selalu merasakan yang aku ni macam anak tiri je.. Sebab aku sukar nak dapat apa yang aku nak berbanding dengan adik beradik yang lain.. Sedih sangat-sangat.. **Kesat air mata... ;)