Pages

Wednesday, May 4, 2011

D-I-Y: Lompat si katak lompat...

Assalamualaikum.....

Lompat si katak lompat...

Mari kita buat katak secara D-I-Y.
Nak tak..?

D-I-Y tu apa..?
D-I-Y tu Do It Yourself..
Maknanya kita buat sendiri benda tu dengan hasil titik peluh kita...

Ni kira berpeluh jugak la nak buat mainan bentuk katak ni. Banyak nak kena fikir tau.. hahaha... Bukannya apa, takut nanti tersalah buat, katak tu tak nak melompat je... hehe..

Benda yang diperlukan mudah je iaitu kertas A4 dan gunting/pembaris/pisau lipat. Kalau nak guna kertas manila kad pun boleh jugak. Tapi tak boleh gunakan kertas yang tebal sangat sebab nanti tak boleh nak buat 'bontot' katak tu... :-)

Siapa yang nak cuba buat katak ni, ikut je langkah demi langkah ya. Buat sampai berjaya. Jangan pulak menangis kalau katak tu malas nak melompat.. hehe..


Proses nombor 13 dan 14 adalah untuk membuat ataupun membentuk 'bontot' katak tadi. Kalau berjaya, katak itu akan melompat dengan laju dan tinggi. Sebab tu tak di galakkan guna kertas yang tebal. Kalau kertas tebal, nanti 'bontot' katak tu jadi berat. Dan kalau 'bontot' dah berat, alamatnya memang payah la nak melompat.... kehkehkeh...


Tadaaaaaa....!!! Ini la hasilnya. Anak katak bersama ibu katak.. Onggg.. onggg.. onggg.. gedek.. gedek... gedek...

Kena tengok video ni sampai habis tau.. Exclusive ni... hahaha

p/s: Lompat si katak lompat.. Lompatlah tinggi-tinggi.. Cepat adik cepat... Cepat pergi mengaji...