Pages

Tuesday, June 7, 2011

Breeppp...!!! Breeppp...!!!

Assalamualaikum...

Breeppp...!!! Breeppp...!!!

Kali ni takde cerita pasal makan-makan...
Pasal resepipun takde jugak..
Rehat dulu la dari masak-masak ni..
Penat woooo asyik duduk dapur je..
Berlengas sana-sini... huhuhu...

Kali ni nak tempek pasal gosip lak...
Tapi bukan pasal gosip tarian lucah yang sedang hot diperkatakan tu ya..
Maaf la, aku tak minat nak panjangkan gosip murahan macam tu...
Biar aje la blogger lain yang beri pandangan serta pendapat masing-masing...
Mudah-mudahan si perlaku akan sedar jugak nanti...

Jom baca kisah ni...
Dah nak kawen dah minah ni..
Mudah-mudahan berbahagialah hendaknya serta berkekalan selamanya...
Amin...

Tahniah Farah... Breeeppp...!! Breeppp...!!

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara Farah Diana Anuar, 26, mengakui berdebar menghitung hari untuk bergelar isteri pada 15 Julai depan.
Dia yang mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan pada 25 Disember lalu terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan mereka atas permintaan pihak lelaki.
"Perasaan sangat berdebar terutamanya apabila majlis tersebut dipercepatkan, majlis yang sepatutnya bulan September tetapi terpaksa diawalkan atas sebab tertentu dan sudah tentu sekarang semua sedang kelam kabut buat persiapan.
p/s: Aku lebih rela duduk berjam-jam mengadap laptop untuk mencari resepi yang best untuk diterokai... :-)