Assalamualaikum...
TBC for the next honeymoon.. ♥♥♥
TBC is to be continue... =)
Ni kuih terakhir yang aku buat sebelum budak-budak kat rumah ni balik ke tempat masing-masing. Cuti honeymoon untuk dorang dah habis dah. Lepas ni kena mengadap buku balik semula. Selama dua minggu bercuti, selama itu la buku sekolah tak berusik.. huhuhu... Itupun dah ada yang mengira untuk cuti yang akan datang. Seronok agaknya honeymoon ni.. Jom kita pergi honeymoon.. ♥♥♥
Muffin pisang untuk kali kedua ni aku buat dua adunan sebab kalau satu adunan tu dapat sikit je. Kalau dua adunan tu, maknanya kena gandakan dua la semua bahan yang digunakan, ya tak? Tapi aku kurangkan sikit gula sebab gula dah mahal.. kehkehkeh... Takde la, aku kurangkan gula sebab manis sangat. Dah kurangkan gulapun masih manis lagi muffin pisang ni. Mungkin sebab pisang tu sendiri dah manis ataupun orang yang membuat muffin tu yang manis.. muahahahaha... Sila pitam sekarang.. hehehe...
Untuk muffin ni, aku letakkan sedikit coklat chips. Tu yang nampak hitam-hitam tu bukan biji pisang tau. Tu coklat chips la tu. Kang ada pulak yang kata tu biji pisang. Pisang apa yang ada biji ehh..? Lupa dah.. hehe..
Paling seronok, dua ronok, tiga ronok ialah bila adik aku yang selalu komen pasal masakan aku memuji dan kata muffin pisang ni sedap dan rasanya sama macam yang dibeli kat kedai. Kombang kompih idong den sokojap hehe.. Tak la, aku biasa-biasa je bila dapat pujian ni. Seronok sebab apa yang kita masak tu habis dimakan... :-)
p/s: Aku ni memang jenis manusia yang susah nak memuji. Kalau aku puji tu maknanya aku ikhlas la tu. Segala puji-pujian hanyalah untukMU.. ♥♥♥