Assalamualaikum..
The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 1
(Siri pengenalan ada di sini..)
(Siri pengenalan ada di sini..)
Selepas semua barang dimasukkan ke dalam bonet kereta, maka bermulalah pengembaraan kami. Kunci rumah aku tinggalkan kepada kakak ipar. Dalam hati terasa risau jugak nak tinggalkan rumah lama-lama ni, namun tawakkal aje la. Mudah-mudahan semuanya selamat..
Perjalanan berjalan lancar. Kami berhenti di Bentong sekejap atas dua sebab. Pertama, abang aku nak masukkan duit kat Maybank dan yang kedua, anak buah aku nak beli KFC la pulak. Masa ni belum timbul lagi isu video hangit tentang ayam KFC tu. Ingatkan sekejap je kat Bentong ni, rupa-rupanya lama jugak sangkut kat sini. Ni semua gara-gara abang aku tu la. Dia kata nak masukkan duit tapi boleh pulak dia lupa nak bawa enpon dia sekali sebab nombor akaun semua dia simpan dalam enpon tu. Patut la masa anak sedara aku call dia, keluar bunyi enpon tu kat dalam kereta. Tak pasal-pasal kena ngok dengan aku.. haha.. Tu la, lain kali jangan dok kalut sangat naaa... :)
Selesai urusan kat sini, kamipun teruskan kembali perjalanan. Anak sedara aku kata dia nak makan KFC tu kat Hutan Lipur Lentang kat tepi highway tu. Memandangkan tak lama lepas tu waktu Asarpun masuk, maka aku suruh dia berhenti kat masjid Lipur Lentang kat atas bukit tu. Lepas langsaikan 'hutang' tu, barulah kitorang turun balik dan terus masuk kat kawasan rehat tu.
Suasana kat dalam kawasan rehat ni agak gelap. Maklum la, waktu tu dah pukul 5.30 petang. Gerunpun ada jugak. Kami masuk dan parking kat kawasan yang dekat dengan kedai-kedai tu. Rasa macam selamat sikit kat situ. Dah lama aku tak jengah kawasan ni. Kali terakhir aku pergi masa arwah abah aku ada lagi. Sekarang ni arwah abah aku dah 20 tahun pergi. Maknanya dah 20 tahun aku tak jejak kat situ walaupun acapkali lalu-lalang tatkala nak balik kampung. Dah banyak yang berubah dan nampak seakan teratur dan tersusun serta bersih suasana di sini..
Lepas makan ala kadar tu, kamipun menyusur keluar dan meneruskan perjalanan ke rumah kakak. Lebih kurang pukul 7.30 malam baru kami sampai. Masa ni kakak aku belum sampai lagi sebab diapun bergerak dari rumah cari makan dia kat Keratong. Rumah yang kat Labu tu rumah dia sendiri.. Tak lama lepas tu baru dia sampai.. Dan selepas tu adik-adik aku dengan keluarga masing-masingpun sampai. Biasa la, kalau mak aku ada kat rumah tu, mesti dia akan suruh anak-anak yang lain datang sekali. Meriah gittew... :-)
Tak lama lepas tu akupun tidur la.. Bersambung lagi.. =))
p/s: Bila la nak abeh cerita trip-trap grip-grab ni.. Penat la nak mengarang... Adehh.. hahaha...

Ni kerja anak sedara aku. Dia letakkan cebisan tulang KFC tu kat situ. Abang aku suruh aku ambil dan buang kat dalam tong sampah tapi aku kata, biar la kerengga tu makan. Bukankah berbuat baik dengan makhluk Allah itu sesuatu yang dituntut.. Kerenggapun nak jugak makan KFC.. :)
Mak aku yang keletihan.. Maklum la, mak aku bukannya muda lagi macam mak korang... :)
Mak aku belek-belek twister KFC pastu dia kata, masinnnnn... Then, akupun rasa sikit.. Ishhh, memang masin sangat la twister ni.. Boleh dapat darah tinggi kalau selalu makan.. :P