Pages

Tuesday, August 9, 2011

Mengelak...

Assalamualaikum...

Mengelak...

Benda yang aku cuba elakkan masa bulan puasa ni..

1) Tengok movie omputih kat Youtube..
Sebab kat situ takde sensored. Kalau tengok kat tv tu ada la sensored sikit-sikit. Sayangi mata anda..... :-)

2) Masuk blog gossip..
Cukup la sekadar tengok tajuk utama je.. Tapi aku suka tengok kalau ada gambar artis yang bahagia dengan keluarga masing-masing. Tumpang seronok tengok dorang hepi. 

3) Masuk blog politik..
Baca mana yang perlu je. Kalau baru baca sikit pastu dah ada sessi kutuk-mengutuk, maki-memaki, aku tekan X terus.. Malas nak layan, lebih-lebih lagi jika orang yang tak pernah mendaftar jadi pengundi yang buat entri tu.. Mendaftar tidak, mengundi apa lagi.. Tup-tup nak bercerita pung-pang pasal politik.. Rasai dulu tanggungjawab menjadi pengundi dan bukannya sekadar menjadi pencacai..

4) Merapu kat fesbuk..
Ohh ya, aku dah deactivate kedua-dua akaun fesbuk aku buat sementara waktu. Dah masuk 12 hari dah akaun tu tak aktif. Yang ada sekarang cuma akaun untuk page blog aku ni je.. Merapu sikit-sikit kat situ dah la.. Malu la nak merapu lebih-lebih, sebab wall page tu open.. ahakk...

5) Tidur siang hari..
Yeszaa... Dulu aku memang suka tidur siang.. Tapi sekarang ni aku dah kurangkan aktiviti tak sihat tu.. Bukan la kata tak tidur siang langsung.. Kadang-kadang tu tidur jugak kalau dah tak tahan sangat mengantuknya.. 

6) Beli makanan kat bazaar Ramadhan..
Setakat hari ni, aku belum lagi membeli makanan kat bazaar. Abang aku cuma beli kurma je. Pergi bazaar tu pun aku tak pernah.. Mungkin dah dekat nak habis puasa nanti baru aku terjah sana kot.. huhuhu..

7) Pembaziran makanan...
Masak seadanya sahaja. Kalau tak habis, simpan dalam freezer. Hari tu mak aku masak rendang ayam dan sambal daun kayu. Tak habis nak makan sehari tu. So, simpan je dalam freezer. Bila-bila nak makan nanti boleh keluarkan dan panaskan. 

p/s: Dah tak tau nak makan apa. Sudahnya makan nasi dengan telur mata kerbau je. Lagi sodaaapppp.... hahaha...