Pages

Friday, August 19, 2011

Lega.... :-)

Assalamualaikum...

Lega.... :-)

Lega sebab baju raya mak aku dah siap. Mak aku tak kisahpun samada kain tu jenis apa, murah atau mahal, yang penting ada baju baru untuk raya. Dia kata dia tak kisah kalau takde baju baru sebab baju diapun banyak. Tapi sebagai anak, kita kenalah faham yang itu hanyalah ayat kiasan untuk menyedapkan hati je...

Kain ni abang ipar aku yang beli masa dia berkunjung ke Vietnam bulan lepas. Kakak aku bagi kat kami seorang sepasang tapi kain untuk aku tu masih lagi ada kat dalam plastik... huhuhu... Takpe, baju raya lima tahun lepas masih boleh pakai lagi... :P

Belum ada butang lagi. Kalau rajin, nanti aku letak la sikit manik kat baju ni... 

Siapa-siapa yang belum belikan baju raya untuk mak dia tu, boleh la beli online kat sini dan kat sini jugak. Sekali-sekala bagilah mak tu melaram. Bukannya selalu, setahun sekali je... Yang dapat bonus tu, sila jangan kedekut okay. Beli baju makwe/isteri boleh, tapi untuk mak sendiri punyalah berkira.. caaiiittt.... :D

p/s: Dah lama tak dapat BE, rasa malas nak hapdet selalu... :D