Pages

Sunday, August 28, 2011

Mudahnya kita lupa diri...

Assalamualaikum...

Mudahnya kita lupa diri...

Semoga ada sedikit pengajaran yang dapat kita ambil dari video ini...

Seorang ibu sanggup berbuat apa sahaja untuk menyenangkan hati anak-anaknya.. Tapi seorang anak..? 


Merembes airmata aku tengok vc ni... Terlalu banyak kekurangan yang ada kat diri ini.. 

Ini merupakan entry terakhir aku untuk bulan Ramadhan ini.. Jika ada salah silap aku, harap dimaafkan. Semoga perjalanan anda semua ke kampung dilindungi Allah hendaknya dan sampai ke destinasi dengan selamat...


Salam Kemerdekaan..
Semoga kita merdeka dari segala gejala yang tidak menyihatkan..

Salam Aidil Fitri...
Semoga kita akan lebih mengerti bahawa setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi..



p/s: Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Bathin.. Segala yang buruk itu datangnya dari saya, bukannya dari orang lain... 

Astaghfirullaahal'azim..

Assalamualaikum...


Mentang-mentang la puasa dah nak habis, benda ini yang dicari-cari.. Nasib baik keywords yang dicari tu membawa bersama perkataan 'maksud'. Kalau la keywords tu didatangkan dengan perkataan 'kenapa' atau 'bagaimana', mungkin dah ke lain dah pengertiannya.. 


Disebabkan teruja nak tau kenapa keywords tu keluar macam tu, akupun try la tanya atok Google dan taipkan semula ayat tu. Ni la satu-satunya kerja paling tak berfaedah yang aku buat, iaitu mencari punca dari mana datangnya keywords tu.. Sebab apa aku kata tak berfaedah..?? Sebab aku rasa seolah-olah aku nak tengok ranking entry aku je walhal benda SEO ni tak penting langsung kat aku.. 

Selepas di-google, maka keluarlah apa yang dicari tu... 

Nombor 3 kat front page... Yuckkk...!!!

p/s: Sangatlah menjelikkan bila entry yang tak berinformasi berada di front page... **dushhh... dushhh... dushhhuumm...!!! Daun perempuan tu apa..?? Perempuan ada daun..?? OMG...!!!