Pages

Monday, October 3, 2011

On the spot...

Assalamualaikum..

On the spot... 

Petang Jumaat hari tu ada jiran jauh yang buat bacaan Yaasin kat rumah dia. Dua hari sebelum tu lagi akak sebelah rumah ni dah bagitau kat aku yang jiran tu ada menjemput aku untuk datang ke rumahnya nanti. Aku kata insyaallah, jika takde aral apa-apa, aku pergi la nanti..

Aku dah plan nak buat kek untuk bagi kat jiran tu nanti. Saje je nak sedekah. So, pagi Jumaat tu, aku pergi la ke kedai nak beli telur dengan tepung gandum yang dah kehabisan stok. Sampai je kat kedai, tengok kedai tu belum buka lagi. Terpaksa la aku patah balik dengan perasaan yang hampa. Dah la penat berjalan kaki ni.. huhuhu... 

Sampai je kat rumah, terus aku buat pantun kat status fb aku... 
Pantun on the spot... :D

Pergi ke kedai nak beli telur,
Sampai di kedai, tutup la pula,
Semua tak jadi dek takde telur,
Nak buat kek, terbantut la pula..

Lepas tu, terus aku masukkan balik semula dua ketul butter yang sudah aku keluarkan sejak malamnya ke dalam freezer. Konon-kononnya merajuk la..., cehhh... Kedai lain ada yang dah buka dah, tapi jauh nak pergi, kena naik motor. Dah la aku ni agak malas sikit nak menyetat motor pepagi buta ni.. Dan akupun terus la sambung golek-golek atas katil.. kehkehkeh..

Namun, dek kerana niat nak sedekahkan kek tu kat jiran, golekan aku tak berapa enak untuk disambung kembali. Terus je aku bingkas bangun, keluarkan semula butter yang dah aku simpan kat dalam freezer tadi, pakai balik tudung dan capai kunci motor dan terus je pergi kedai... Buat keputusan on the spot... hahaha..

Aku ni tak biasa bawa banyak barang yang penuh kat bakul motor tu... Dah la aku ni jenis terhegeh-hegeh bawa motor. Mujur tak tergolek... huhuhu... Sampai je rumah, terus aku mulakan proses buat kek ni. Aku buat dua jenis kek, tapi cuma sebiji je yang sempat masak on the spot... Maka, sebiji tu la yang aku bagi kat jiran yang buat Yaasin tu.. Manakala yang sebiji lagi tu aku bagi la jiran sebelah rumah dan depan rumah ni seorang sepiring..

Ni la hasilnya kek on the spot... Sikitpun aku tak tinggalkan kat rumah ni... Habis semua aku isikan kat dalam tupperware ni.. hahaha...

Ini pulak kek oren yang tak sempat masak on the spot... Rezeki untuk jiran dekat la ni.. :D

p/s: Aku tak dapat pergi baca Yaasin tu. So, aku mintak tolong mak aku yang bawakan kek ni.. Kenapa aku tak pergi..? Apsal lak nak tau..? Sibuk je tawwww.... kehkehkeh...