Pages

Thursday, December 22, 2011

Jiwa kacau...?

Assalamualaikum...

Jiwa kacau...?


Puncanya TV3 cuma letakkan status berserta gambar kat bawah ni je.. Biasa la kan, nak suruh orang tengok, kena la buat promosi. Bukannya kena paksa tengokpun. Malahan, tak jadi kewajipan langsung untuk menonton semua ni. Kalau tak suka tengok, boleh aje pergi buat kerja lain.. So simple, kan..

Comelnya... :-)


Tup-tup ada la sorang mamat tu tak habis-habis menyerang dengan pelbagai ayat yang kesat.. Terkejut jugak aku. Apsal pulak nak memekak kat status tu..? Jiwa kacau ke dia ni agaknya ehh..?


Warna biru adalah orang yang sama... Astaghfirullaahal'azim...


p/s: Tak tau nak kata apa dah.. Mudah-mudahan aku tidak berada dalam kelompok jiwa kacau macam ni... Kalau semua benda nak kena maki hamun, sampai bila-bilapun takde kesudahannya... Entah apa la yang dia makan agaknya ya.. Hmmmm...