Pages

Tuesday, January 3, 2012

Cara untuk CENTER-kan HEADER BLOG..

Assalamualaikum....

Cara untuk CENTER-kan HEADER BLOG..

Kali ni aku nak kongsikan cara untuk center-kan header blog secara automatik. Macam biasa, backup dulu template korang..

Sebelum tu, korang tengok dulu berapa saiz entire blog korang tu ya. Lihat contoh kat gambar bawah ni.. Entire blog aku adalah 1000px.. 



Kemudian korang masuk kat Design -> Edit HTML -> Tick Expand Widget Templates -> Klik Ctrl + F dan cari code /* Content dan taipkan pada tetingkap yang keluar nanti.. Nanti dia akan keluar seperti kat bawah ni dan ini bergantung pada jenis template yang korang gunakan sebab bukan semua code sama..



Lepas tu korang tambah width dan letakkan saiz header yang korang suka. Lepas tu copy paste code yang ada kat dalam kotak merah kat bawah ni dan letakkan di atas code /* Content tadi... Lihat contoh dalam gambar..



Dan kalau korang nak bagi header tu penuh kiri kanan skrin, korang cuma perlu gantikan width 1000px tu dengan 100%. Nanti header korang akan penuh macam header aku sekarang (Dah tukar, bukan lagi 1000px..)


Kemudian klik PREVIEW dulu dan jika takde ERROR yang keluar, baru tekan SAVE TEMPLATE.. 

Mudah-mudahan korang faham apa yang cuba aku sampaikan ni ya.. Maklum la, aku agak kurang mahir sikit bab macam ni.. ehehh..

p/s: Kalau nak copy code, boleh pergi kat sini dan scroll sampai bawah... :)

Gara-gara mencuri seluar dalam.. huhuhu...

Assalamualaikum...

Gara-gara mencuri seluar dalam.. huhuhu...


KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana mencuri dua kotak seluar dalam di sebuah kompleks membeli-belah dan gagal menunjukkan kad pengenalannya, dua hari lalu.

Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M. Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lalu. 

Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam jenama Alain Delon bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada jam 2.47 petang, 1 Jan lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dia juga dituduh kerana kegagalan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian oleh polis pada pukul 3 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan...

Sumber asli...
Tak tergamak pulak nak letak gambar seluar kecik tu.. Letak logo je dah la... ehehh...


Teringat masa duduk asrama kat Setapak dulu.. Kecoh satu asrama bila semua seluar dalam hilang dari ampaian.. Macam-macam spekulasi yang keluar. Ada yang kata orang tu curi seluar dalam tu sebab nak jual la, nak sapu kat muka bagi jerawat hilang la, nak naikkan seri muka la dan yang lebih menakutkan bila ada yang bagitau dengan seluar dalam tu orang boleh buat jampi-jampi... Tak senang duduk dibuatnya.. huhuhu...

p/s: Mungkin pendapatan sebanyak itu tidak mencukupi untuk dia membeli seluar dalam tu. Kesian, kan.. Tapi kalau pendapatan tu mencukupi dan dia mencuri kerana memang tabiat suka mencuri, tak tau nak kata apa.. Kesian jugak kott... huhuhu..