Assalamualaikum...
Apa ada kat belakang rumah dan dalam rumah..?
Belakang rumah mak aku ni dah macam hutan kecil sebab banyak pokok. Ada pokok yang dijaga seperti pokok pisang dan ada juga pokok yang tidak diberi perhatian seperti pokok rambutan. Musim buah je baru nampak pokok tu.. hehe.. Itu pokok rambutan kat belakang rumah. Kalau pokok yang kat depan rumah, hari-hari tengok..
Nampak tak..? Ada dua tandan pisang menghitung hari untuk ditebang... Suka la mak aku tuu... ehehh...
Pisang lagi.. Yang ni dalam kawasan berpagar. Tanah macam tak sesuai sebab rendah dari jalanraya dan terlalu lembab. Kalau hujan, air boleh bertakung...
Sejak abang aku balik sini, dia la yang selalu bersihkan kebun kecil ni dengan mak aku. Aku kurang suka pergi kat belakang rumah ni.. Pertamanya, sebab dulu aku pernah ternampak ular hitam. Ada la beberapa kali nampak, tu yang aku fobia tu. Keduanya, tanah kat sini banyak sangat semut hitam. Pantang silap pijak je, dah penuh merayap kat kaki. Nampak je kecil semut ni. Tapi bila menggigit, mau bengkak dan meninggalkan parut. Yang ketiga pulak sebab banyak nyamuk. Aku tak suka nak dermakan darah aku kat dorang.. kehkehkeh.. So, aku jaga bahagian depan dan dalam rumah manakala abang aku jaga bahagian belakang rumah.. Barulah adil, ya tak..?
Rama-rama atau kupu-kupu..? Entah, akupun tak pasti.. Dia asyik ikut aku je..
Menumpang... Macam aku jugak la yang menumpang rumah mak aku ni.. Harus sedar diri.. :-)
Okay, habis dah part belakang rumah. Malas nak cerita banyak sangat. Bahaya... ehehh.. Sekarang ni yang ada kat dalam rumah pulak.. Saksikan la wahai duniaa... huhuhu...
Hamboii... Hamboii.. Hamboii... Sedap betul dia bergulung.. Dah macam tenggiling dah...
Dia lagi...? Dia memang suka tidur kat atas ironboard ni. Tak tau la kenapa.. Bajet manja tapi kena jugak lepuk dengan aku.. Siapa suruh tak dengar kata... kehkehkeh...
Itu je kot entry yang berkaitan. Sekarang ni aku nak tambah sikit.. ehehh....
Mood aku sekarang ialah melayan drama Korea kat Maaduu.. Dah berzaman aku tak tengok Korean ni. Last sekali aku tengok Boys Over Flowers kat astro dulu. Lepas tu dah tak tengok dah.. Dulu pernah tengok kat maaduu ni tapi line streamyx masa tu selow ya amat, then aku stop sekejap. Ni baru nak mula balik sebab line dah macam okay sikit, so, boleh la mula melayan .. At least, aku boleh belajar perkataan baru menerusi subtitle yang ada kat situ.. Bagus jugak dorang buat subtitle dalam BI ni, kannn...
Maaf banyak-banyak sebab aku dah jarang tinggalkan komen kat blog kawa-kawan. Tak komen bukan bermakna tak baca. Aku baca jugak la, cuma takde mood nak mengomen. Tersalah komen nanti ada pulak yang kata bukan-bukan. Kata aku nak ngorat dia la.. Kata aku ni gedik la.. Kata aku ni laser la.. Kata aku ni perasan bagus la.. Kadang-kadang tuan punya blog tak kisahpun kita nak komen apa. Cuma, ada kalanya kawan-kawan yang perasan 'rapat' dengan dia yang banyak songeh dok jadi batu api. Masing-masing bajet 'hot stalker''... haiiyaaa... Malas nak layan orang macam ni.. Buang masa aku je..
p/s: Terima kasih banyak-banyak pada yang rajin singgah kat blog aku ni.. Jangan serik ya datang sini.. O__o