Pages

Thursday, February 2, 2012

Masuk dapur lagi... Yiihaaaa....!!!

Assalamualaikum...

Masuk dapur lagi... Yiihaaaa....!!!

Hari ni rajin pulak aku masuk ke dapur.. ceewaahhh... hahaha... Dah lama rasanya aku tak tayang gambar makanan kat sini, kan... So, kali ni nak tayang kembali dehh... hehe..

Menu kali ni ringkas je. Just main campak-campak je dalam kuali. Tapi cara nak campak tu kena ada skill jugak maa... Silap campak, meletup la kulit lengan ko kena minyak panas tu nanti.. So, kena beware jugak la kalau sayangkan kulit tu.. Kang berparut, dah jatuh saham.. Aku lain la.. Memang merudum habis dah saham aku.. huhuhu...


Kat dalam piring bawang tu ada seurat kacang panjang yang dianaktirikan.. Daripada kena buang, baik masukkan aje kat dalam tu sekali... Tak baik membazir, ya tak..? Hehehe...

Dalam gambar kat atas ni ada bahan-bahan yang diperlukan untuk masak ayam goreng serai ni.. Dan-dan letak nama ayam goreng serai sebab ada sebatang serai sebagai penyeri... kehkehkeh.. Yang takde kat dalam gambar ialah halia, bawang putih, cili kering, sos tiram, garam dan sedikit kicap manis..

Nak letak jugak ke resepi penuh kat sini..? Letak je la haiihh.. Malas pulak nak buat entry kat blog dapur aku tu.. Malas nak buat dua entry yang sama.. Biar je la blog dapur tu tak berasap... hehe..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah.. (Kena la salin sebab tak boleh nak copy paste... ehehh... Kalau tak pun, buat print screen je... ngeeee....)

3 keping peha ayam ( dari peha sampai pangkal peha tu) - dipotong ikut suka
4 biji kentang - potong ikut suka jugak
3 labu bawang besar saiz sederhana - dihiris membulat
4 biji bawang putih - ditumbuk sahaja
2 ulas bawang merah - ditumbuk jugak
Seketul halia - ditumbuk 
Sebatang serai - ditumbuk/titik
6-7 tangkai cili kering - digunting (kalau tak nak bijinya, belah dulu kemudian gunting)
Sebiji limau nipis - ambil perahan dari sebelah limau sahaja sebagai menggantikan cuka makan
2 sudu makan sos tiram - ataupun main agak-agak je
2 sudu makan kicap manis - ikut selera masing-masing
Sedikit garam kasar (aku dah ikut macam mak aku masak, masak guna garam kasar..)
Sedikit serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng/menumis

Cara-caranya:

1- Ayam dibersihkan dan digaul rata dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga masak dan ketepikan dahulu. 

2- Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan cili kering dan serai hingga naik bau.

3- Kemudian, masukkan potongan kentang. 
Memandangkan aku guna garam kasar, aku masukkan sekali garam tu supaya garam tu sempat mencair.

4- Bila kentang dah mula nak empuk, masukkan hirisan bawang besar bersama serbuk lada putih, sos tiram dan kicap manis. Perahkan hirisan limau nipis. Kacau sebati. Kalau nampak macam kering je, boleh tambahkan sedikit air. 

5- Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata dan rasa asam garamnya sebelum ditutup api dapur.


Aku kukus sekali bijian jagung tu untuk saja-saja makan. Lepas tu yang ikan bilis goreng dengan pucuk paku goreng tu, mak aku yang masak.. Kalau letak nenas okay gak.. Tapi nenas nan hado... 


Sekian sahaja menu untuk kali ini.. Selamat merajinkan diri untuk memasak ya kawan-kawan... hehe..

p/s: Ada yang telan air liur tak..? Takde ehh...? Alhamdulillah.. Takde la aku nak kena bagi kat korang sikit... kihkihkih...