Pages

Saturday, February 18, 2012

Bila dah ketagihan... (Kalau la emak aku nampak...)

Assalamualaikum...

Bila dah ketagihan... (Kalau la emak aku nampak...)

Sejak seminggu dua ni aku dah macam orang ketagihan lak.. Mula-mula tu aku suruh abang aku belikan dua bungkus je.. Dalam masa dua hari je dah selesai aku kerjakan.. Masa nak suruh abang beli tu, takut-takut jugak kalau mak bersuara.. Selalunya dia memang akan bising kalau aku nak beli benda alah ni.. Ubat cacing, katanya.. huhu...

Tiga hari lepas, aku pergi sendiri ke kedai dengan berjalan kaki semata-mata nak beli benda ni. Semput la jugak pergi kedai dengan berjalan kaki... hahaha.. Disebabkan nak cover beli benda ni, aku beli sekali aiskerim empat ketul. Sekurang-kurangnya nanti abang dengan mak aku takde la perasan benda ni selain dari aiskerim tu.. Takut kena bebel punya pasal, sanggup beli aiskerim padahal aku tak makanpun aiskerim tu. Dan kebetulan, hari tu abang aku puasa, maka konon-kononnya aku belikan untuk dia la.. kehkehkeh...

Hari tu masa anak-anak buah ada kat rumah, aku tak bagi dorang makan kuaci jenis ni. Bukannya apa, nanti membazir je. Dah la dorang tu tak pandai nak kopek kulit kuaci tu, kang tak pasal-pasal dengan kulit-kulit tu sekali dorang kunyah. 

Lagi satu hal, tak larat la aku nak jadi tukang kopek kuaci untuk dorang. Kalau setakat kopek untuk sepuluh biji tu boleh la. Itu kalau untuk seorang. Kalau dah beberapa orang, mau tak melepuh bibir aku mengopeknya.. Buatnya dorang suruh aku kopek sebungkus tu, mau pitam aku sepuluh jam... huhuhu.. Tak lama lepas tu, aku tengok adik aku beli kuaci yang dah siap berkopek kulit dia untuk anak-anak dia tu.. Akupun tumpang sekaki songlap kuaci tu... ehehh...


Kalau la emak aku nampak, memang habis la aku kena bebel... 


Sekarang ni masih ada lagi dua bungkus. Dan sekejap lagi sebungkus akan aku buka sambil melayan cerekarama.. Sambil mata menonton, mulut pulak mengunyah.. hikk..

p/s: Pedih lidah hari tu tak hilang lagi, dah sambung balik makan kuaci ni. Ni la padahnya bila dah ketagihan.. Korang jangan ikut pe'el aku ni tau.. huhuhu...