Assalamualaikum...
Petua khas untuk tukang jahit seperti aku.. :D
Sebagai tukang jahit, gunting memainkan peranan yang sangat penting terutama sekali gunting yang digunakan untuk memotong kain. Gunting kain tidak boleh sama sekali digunakan untuk tujuan lain seperti menggunting kertas dan sebagainya. Jika digunakan juga, maka gunting tersebut akan tumpul dan tidak lagi boleh digunakan untuk tujuan memotong kain. Satu kerugian di situ kerana kita terpaksa membeli gunting yang baru sedangkan harga gunting kain ni agak mahal, lebih-lebih lagi jika gunting tu jenis yang berat..
Disebabkan itu, seseorang tukang jahit memerlukan beberapa jenis gunting untuk melaksanakan tugas mereka. Gunting kain, gunting kertas dan juga gunting sulam mesti ada dalam simpanan dan tidak boleh dibiarkan bersepah-sepah sembarangan. Kalau orang tu bukan tukang jahit, dia memang akan belasah je guna satu gunting tu untuk semua benda.. Sebab tu kadang-kadang kain yang digunting tu tidak licin seolah-olah kena gigit dengan tikus je... kehkehkeh...
Okay, kat sini aku nak kongsikan petua ataupun tips untuk menajamkan semula gunting kain yang sudah tumpul. Boleh rujuk kat dalam video kat bawah ni. Video ni baru je aku rakam dan upload kat Youtube. Tujuannya bukan apa, sekadar nak berkongsi ilmu sahaja.. Aku peduli apa dengan orang yang suka mengata-ngata pasal upload ni.. Tak jadi kudispun.. ;p
Terima kasih aku ucapkan kepada seorang teman yang sudi berkongsi petua ini.. Dan terima kasih juga kat seorang kawan yang bertanyakan soalan bagaimana cara nak tajamkan gunting tu. Kalau takde yang bertanya soalan, mana mungkin nak ada jawapan, ya tak...?
p/s: Siapa yang suka menjahit dan ingin berkongsi pengalaman dalam bidang jahitan ataupun seangkatan dengannya, boleh la join kat sini.. Daripada join group yang dok mengutuk orang je, baik join group yang ada faedah sikit... Sikit-sikitpun ada jugak ilmu atau info... :-)
p/s: Siapa yang suka menjahit dan ingin berkongsi pengalaman dalam bidang jahitan ataupun seangkatan dengannya, boleh la join kat sini.. Daripada join group yang dok mengutuk orang je, baik join group yang ada faedah sikit... Sikit-sikitpun ada jugak ilmu atau info... :-)