Pages

Thursday, March 8, 2012

Bila la korang nak meletop ni... huhuhu...

Assalamualaikum...

Bila la korang nak meletop ni... huhuhu...

Aku ni hari-hari dok tanya budak dua ekor ni, bila la korang ni nak meletop.. Lepas tu siap bisik lagi kat telinga dorang, konon-kononnya memberi pesanan la.. Aku bisik camni, nanti kalau dah nak beranak, masuk dalam bakul kat bawah katil tu tau..! Jangan beranak sepah-sepah, nanti anak tu mati kesejukan... Ajaibnya, mata dorang selalu pandang tepat kat mata aku masa aku cakap tu. Macam faham je apa yang aku cakap.. Jenis dengar kata agaknya.. ehehh...

Tak boleh duduk dekat-dekat ni.. Asal dekat je, mula la main sekeh-sekeh kepala.. adehhh...

Kalau tengok perut dorang, memang dah tegang sangat dah. Kalau orang Negeri Sembilan sebut poghut dah mongoning.. Maksudnya dah mengembang sangat dah.. Menunggu masa je nak terburai.. hohoho...

Ini Tett...

Kucing aku banyak kat rumah ni.. Tapi cuma dua ekor ni je yang aku sayang lebih sikit.. Dan aku jugak yang manjakan dorang.. Siapa marah dorang, aku marah balik orang tu.. hahaha... Kadang-kadang saje je adik abang aku dok tenyeh-tenyeh kepala dorang berdua ni. Sebabnya nak tengok aku marah la... Suka sangat buli aku.. huhuhu...  Kucing yang lain tu aku tak berapa nak sayang sebab degil dan tak dengar kata. Tapi takde la sampai aku tak bagi makan. Emak dengan abang akupun rajin jugak bagi kucing ni makan.. 

Ini Popok...

Satu yang aku perasan bila kucing bunting ialah dorang tak suka kalau kita usik belakang badan dorang iaitu bahagian yang dekat dengan ekor dorang tu.. Kalau nak gosok-gosokpun dorang marah, apa lagi kalau kita picit-picit bahagian tu. Aku ni dah berapa kali dah kena cakar sebab aku suka belai-belai kat tempat tu.. Kadang-kadang tu sampai melekap kuku dorang kat tangan aku. Akupun apa lagi, bagi la selepuk... haha.. Lepas tu aku bulatkan biji mata kat dorang.. hehe.. 

Kat mana aku berada, kat situ la dia ada... 
Tertido dia kat bawah mesin sambil tunggu aku menjahit..

Ada masanya dorang seakan-akan nak melompat, macam nak terkam je muka dan tangan aku, lebih-lebih lagi si Tett tu.. Garang gila tapi dalam masa yang sama, manja dan mengada-ngada... euuwww... Si Popok tu garang jugak, lebih-lebih lagi masa makan, habis kucing lain dia sekeh kepala dorang... Penat aku dok jerit-jerit cakap jangan bergaduh.. Kena buat dua tiga bekas makanan untuk dorang. Itupun kadang-kadang bercekau jugak... adehhh...

Yang buat aku geram, dengan perut memboyot macam tu pun dorang masih boleh masuk ikut celah besi tingkap ni.. Aku risau jugak kalau tiba-tiba je perut tu stuck kat situ.. Sian baby kat dalam tu, mesti dorang bersungut je, kann.. ehehh..




p/s: Nak cerita benda lain, tapi cerita lain pulak yang keluar.. Cerita lain kali je la.. ehehh...