Pages

Friday, March 9, 2012

Di persimpangan dilema.. Nak buat yang mana dulu ni...?

Assalamualaikum...

Di persimpangan dilema.. Nak buat yang mana dulu ni...?

Apa yang akan anda lakukan bila ternampak ada seekor anak ular di dalam lubang tandas rumah anda..? Anak ular tu mungkin terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan berusaha untuk naik semula ke atas.. Dalam masa yang sama, perut anda teramatlah sakit untuk melabur. Dah terkepit-kepit dah ni. Kalau kena cuit sikit je, pasti berterabur isi perut tu.. Dan anda perlu segera bertindak.. Nak fikir panjang konpem tak sempat punya.. Habis tu camno...? Kalau tak bunuh, takut nanti anak ular tu terlepas keluar dan membesar dalam rumah... Kalau nak flush, berani ke nak pergi dekat untuk menarik flush tu..? 

Cuma ada dua perkara je yang anda sempat fikirkan dan anda harus memilih salah satu daripadanya iaitu...

Adakah anda akan pergi melabur kat longkang belakang rumah anda..?
(Ohhh nooo...!!! Jangan la buat camni...)

Ataupun...

Anda bunuh dulu anak ular tu. Lepas tu baru boleh melabur dengan aman...? 

snake
Kenapa lidah ko bercabang ehh...? 
Ko buang dulu satu cabang lidah ko tu, baru aku kawan dengan ko... :-)


Fikir-fikirkan cara penyelesaiannya.. Mana tau suatu hari nanti perkara begini berlaku kat diri anda... ehehh...

p/s: Sediakan payung sebelum hujan.. Sediakan garam secukup rasa... :)