Assalamualaikum...
Ego tidak bertempat...
Kalau mengundang ketika terjumpa di tengah jalan, kebiasaannya tidak akan dilayan.. Hatinya mula berkata, kita ni macam tak beradap.. Ke sana-sini dijaja cerita, ada ke patut undang aku kat pekan sari... Kalau diundang melalui telefon, pun begitu juga.. Kalau mengundang melalui kad yang murah, akan dikatanya juga.. Kasihan pada kad yang tidak bersalah.. Kalau boleh dia mahu undangan dilakukan secara 'face to face', iaitu mengundang terus-menerus dengan datang ke rumah..
Bagi aku, undangan dengan cara apa sekalipun sudah dikira sebagai mengundang... Apa yang lebih penting, mereka mengundang dengan ikhlas untuk memeriah atau meramaikan majlis tertentu.. Mana mungkin kita yang mengundang ini mampu untuk bertandang dari sebuah rumah ke sebuah rumah, dari sebuah daerah ke sebuah daerah, dari sebuah negeri ke sebuah negeri..
Kalau dulu saudara mara tinggal berdekatan antara satu sama lain, boleh la bertandang ke rumah mereka untuk tujuan mengundang. Tetapi kini tidak lagi kerana masing-masing sudah berhijrah dan punya kehidupan tersendiri..
.