Assalamualaikum...
Kalau la ada, dah lama dah aku buat...
Macam mana nak sekat atau block orang yang kita tak suka dari masuk kat blog kita ehh...? Terutama sekali orang yang bukan dari kalangan followers blog kita tu. Ada tak caranya..? Hari tu pernah ternampak ada orang yang tanyakan pasal ni tapi dah lupa kat mana. Aku tanya dia kenapa nak block..? Dia kata, dia benci dengan stalker yang jadi pencacai..
Kalau la ada sistem block macam kat fesbuk tu, aku rasa dah lama dah aku buat kat blog aku ni.. Sebabnya lebih kurang sama dengan jawapan kat atas tu.. Kalau boleh, biarlah orang yang suka baca entry aku je yang boleh masuk kat sini.. Mana-mana yang tak suka tu, tak payah masukpun takpe... You have no reason to visit my blog.. ekk elehhh....!!!
Ini bukan atas sebab perasan ataupun bajet bagus ataupun menyombong.. Tapi atas rasa ketidakselesaan bila orang yang tak suka kat kita, dan kitapun tak suka kat dia jugak, tapi dia masih lagi menyibuk nak korek cerita kita.. Kalau dah tak suka, tak payah la nak follow aktiviti kita, kan...
p/s: Entah la.. Tetiba je rasa rimas...
(Jangan salah faham... Entry tiada kaitan dengan segala komen yang masuk kat blog.. Ini adalah berkenaan dengan mereka yang tak suka kat kita, tapi dalam masa yang sama terus mengekori aktiviti kita...)
(Jangan salah faham... Entry tiada kaitan dengan segala komen yang masuk kat blog.. Ini adalah berkenaan dengan mereka yang tak suka kat kita, tapi dalam masa yang sama terus mengekori aktiviti kita...)