Pages

Tuesday, May 1, 2012

Kita memang tidak serasi...

Assalamualaikum...

Kita memang tidak serasi... 

Mula-mula tiga...
Lepas tu tambah tiga lagi..
Jadi enam..

Tak berapa lama lepas tu, tambah tiga lagi...
Maka jadi la sembilan..
Hidup aman damai dan gembira la yang sembilan itu..

Selang sebulan lepas tu, hilang satu...
Diikuti dengan dua...
Tinggal enam kembali...

Kemudian, tambah lagi tiga...
Jadi la sembilan balik semula..
Namun itu semua cuma sekejap sahaja..

Berikutnya, hilang satu demi satu...
Malahan ada yang hilang dua sekaligus...
Begitulah seterusnya, silih berganti...
Yang datang, tetap datang...
Yang pergi tetap pergi...

Kini cuma tinggal dua sahaja...
Itupun belum pasti sampai mana jangka hayat mereka berdua...
Mereka sakit.. 

Akupun sakit juga.. 
Sakit aku kerana aku hanya mampu melihat derita mereka...
Dan aku tidak mampu untuk mengubati kesakitan mereka itu...

Pergilah...
Kalau itu sudah takdirnya...
Datanglah...
Jika itu jodoh pertemuan yang sudah diatur untuk kita...


Kiki dalam kenangan.. RIP... 
Kiki di sini... Dan di sini...


p/s: Kita sememangnya tidak serasi.. Itu yang sebenarnya..