Assalamualaikum...
Cinta Lelaki...
Aku tak tau nak mengupas pasal cinta..
Dan aku juga tak tau nak berbicara tentang lelaki..
Yang aku tau lelaki memang suka main-main cinta..
Main cinta umpama main layang-layang bagi mereka..
Kalau talinya putus, atau layang-layang itu tersangkut di pokok, dibiarkan sahaja..
Nanti boleh beli yang lain...
Betul ke..??
Cuma, kadang-kala aku terfikir...
Apa sebenarnya yang dicari oleh lelaki dari seorang wanita atau perempuan..
Mencari kesempurnaan..?
Untuk apa..? Menutupi kelemahan dan kekurangan dirinya..?
Bukankah setiap pasangan itu saling melengkapi jika saling bertoleransi secara adil dan aman..?
Kadang-kala pada aku pasangan tertentu itu dah cukup sempurna dah..
Sangat sempurna dari segala benda dan perkara...
Namun bila tiba waktunya, cinta mereka pudar juga..
Tak faham sungguh..
Mungkin aku perlu bercinta dulu bagi memudahkan proses pemahaman...
Oh nooo....(tau takut... hahaha...)
Better aku baca novel Cinta Lelaki ni je..
Katanya: Terlalu banyak pilihan, dia keliru dan akhirnya terpedaya...
Betul ke...??
Wahai readers lelaki, mehh la komen sikit... :D
p/s: Tak habis lagi baca novel ni padahal dah lama beli.. Yang pasti, kalau dalam novel cinta, mesti ada watak jahat yang mengganggu ketenteraman pasangan yang bercinta tu.., kann...