Pages

Thursday, May 17, 2012

Sengaja aku lewatkan entry ini... :)

Assalamualaikum...

Sengaja aku lewatkan entry ini... :)

Sudah tersasar dari tarikh asal.. Memang aku sengajakan.. Tak nak terlalu obses dengan segala ucapan.. Bukan tak suka, tapi tak selesa.. Lebih-lebih lagi jika dalam ucapan tu ada yang bertanya, bila lagi, bila lagi dan bila lagi bla bla bla.. Sebab itu aku lebih suka mendiamkan diri.. Cukuplah sekadar aku mensyukuri dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada aku dan keluarga aku.. Itu sudah memadai bagi aku..

Aku lebih senang jika ucapan yang hadir itu berupa ayat yang simple sahaja.. Cukuplah sekadar doa yang pendek seperti moga segala impian menjadi kenyataan, ataupun semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu ataupun mudah-mudahan Allah panjangkan usia anda untuk terus memperbaiki diri.. Yang penting, keikhlasan semasa memberi ucapan atau doa itu.. 

Terima kasih pada yang memberi ucapan berupa sms dan juga komen di fesbuk... Aku memang tak letak info peribadi aku kat fesbuk, jadi wall aku tidak la seperti wall artis yang penuh dengan ucapan.. Dan aku selesa dengan cara begitu, setakat ini la.. Esok lusa, aku tak pasti... 




p/s: Ada persamaan walaupun cuma kebetulan sahaja..