Assalamualaikum...
Terima kasih daun keladi.. :D
Lain kali bagilah lagi...
Kehkehkeh...
Kehkehkeh...
Itu ayat nak mintak pelempang la tu, kann... hahaha...
Raya tahun ni aku dapat hadiah dua pasang kain kiriman daripada seseorang (jangan tanya siapa sebab aku tak akan jawab..).. Tak tau la samada kain tu hadiah besdei aku yang lepas ataupun sengaja bagi untuk raya.. Tak kisah la, asalkan niat dia ikhlas nak memberi.. Aku takde la pulak nak mintak ataupun buat-buat mintak.. Sejak kena tegur dengan kakak aku, aku dah malas nak mintak kat orang tu.. Dah dua tahun rasanya aku tak dapat kiriman sebegini dari dia.. Entah kenapa tahun ni dia teringat pulak nak bagi kain ni kat aku...
Sebenarnya orang yang memberi tu pun tak kisah.. Dia pernah cakap kalau nak apa-apa, bagitau je.. Jangan mintak yang mengarut dah la, kan.... Dulu aku pernah mintak tolong dia belikan novel dan dia belikan.. Bukan satu, tapi sepuluh novel sekali gus.. Aku nak bayar tapi dia tak nak terima.. Dia kata kalau aku berkeras nak bayar, silaturrahim antara kitorang akan putus.. So, tak kan nak putuskan ikatan persaudaraan hanya kerana novel, ya tak..?
Nampak gayanya kain-kain ni akan jadi baju raya aku untuk tahun depan.. Itupun jika panjang umur nak beraya.. Tahun ni baju raya aku dah siap dah.. Aku guna dulu kain yang kedua kakak aku bagi tahun lepas... Aku tak kisah samada kain tu murah ataupun mahal.. Aku terima je pemberian orang.. Mak aku selalu pesan, kita kena hargai setiap apa yang orang beri.. As long as benda yang diberi tu tidak membebankan orang tu dan tidak salah di sisi hukum hakam, tak salah untuk kita terima.. Kalau benda yang tak elok tu, elok la kita tolak sedari awal.. :)
p/s: Moga rezeki orang yang memberi tu semakin murah dan sentiasa diberkati Allah.. Amin...