Assalamualaikum...
Dari Dapur Nyonya...
Aku suka tengok rancangan ni.. Suka tengok celoteh Chef Florence Tan tu... Seronok dengar dia bercakap dengan loghat Baba dan Nyonya dia tu.. Lain dari yang lain... Tapi tu la, aku ni selalu sangat lupa waktu siaran program ni.. huhuhu..
Dalam suka tu, ada jugak benda yang aku tak berapa suka nak tengok yang ada kat dalam program ni.. ehehh.. Biasa la kan.. As a viewer, mesti la kita nak tengok sesuatu yang tidak menyakitkan mata kita. Barulah mulut diam je dan fokus tengok dari mula sampai habis.. Sebenarnya, benda tu kecik je kot.. Tapi mata aku ni macam tak seronok je nak tengok.. huhuhu..
Nak tau apa ke bendanya tu..? Benda tu ialah kuku pengacara tu.. Kalau boleh, jangan la panjang sangat sebab diapun ada tolong-tolong masak dan pegang-pegang bahan masakan tu.. Kalau dia tak usik atau sentuh bahan masakan tu, tak kisah sangat.. Even kakak akupun, kalau kuku dia panjang, aku sound direct je.. Aku cakap kat dia, geli la nak makan kalau masak dengan kuku panjang ni.. Walaupun dia kata kuku dia bersih dan memang aku nampak bersih, tapi tetap tak boleh nak terima..
Dan lagi satu, rambut pengacara tu, tolong la kepit ataupun sepit sikit.. Biar la nampak kemas dan tidak terjurai-jurai ataupun terkuak-kuak rambut tu.. Yang lain-lain tu cantik dah, tip-top...
Itu je aku nak komen.. Jangan marah haaa... ehehh.. Kat bawah ni dua video yang sempat aku rakam.. Seperti yang aku bagitau mula-mula tadi iaitu terlupa waktu siarannya, maka video diapun aku tak berapa sempat nak rakam semua.. Rugi sebab tak dapat tengok dari awal.. Nak tengok kat tonton tu..? Tak kuasa la haiihh... Banyak sangat karenah kat situ.. Susah sangat nak lepas masuk.. Lebih senang masuk kat Maaduu lagi.. :D

For the next season, boleh tak sertakan resepi penuh untuk setiap masakan yang disiarkan di tv..? Tak best la kalau takde resepi yang lengkap, ya tak.. Tak mampu la kalau asyik nak kena beli buku resepi je... adehhh...
p/s: Bukan kutuk, tapi kritikan membina.. Kalau tak boleh nak terima kritikan, jangan jadi selebriti.. Jadi la selebet macam aku ni... huhuhu...