Pages

Friday, August 31, 2012

Macam mana nak tolong dia ehh...??

Assalamualaikum...

Macam mana nak  tolong dia ehh...??

Macam mana kita nak tolong kawan kita yang hidupnya agak susah dengan suami yang tak bekerja dan panas baran..? Lepas tu kawan kita tu tidak dibenarkan langsung untuk berhubung dengan keluarganya sendiri. Si suami seakan mahu memutuskan perhubungan dengan keluarga pihak isteri..

Ini yang terjadi kat seorang kawan aku.. Kawan yang sama-sama bekerja kat JB dulu.. Dari apa yang aku dengar, suami kawan aku tu masih lagi angkat tangan pada isteri dia.. Dan kawan aku tu seakan-akan takut kalau terserempak dengan sesiapa yang dia kenal termasuk saudara-mara dia sendiri..

Kalau terserempak sekalipun, dia seolah-olah ingin melarikan diri.. Mungkin dia malu dengan keadaan dia sekarang.. Ya la, dulu dia cantik dan menjadi rebutan.. Tetapi kini dia dah jauh berbeza.. Mungkin sebab terlalu banyak menderita dan makan hati telah menukar fizikalnya menjadi kurus dan kulit putih gebu dia turut menjadi gelap.. Itu yang diceritakan oleh seorang kawan masa dia terserempak dengan dia secara tak sengaja...

Ataupun mungkin juga dia sudah diberi amaran oleh suaminya agar tidak membuka mulut.. Sedangkan masa bercinta dulu, kawan aku tu nak senyum kat lelaki lainpun dah kena marah... Apa lagi sekarang bila kawan aku tu dah jadi hak mutlak dia.. Rumah dan kereta yang dibeli suatu ketika dulu kini sudah terjual.. Kini mereka menyewa entah kat mana.. Berapa la sangat gaji bekerja kat kedai textile.. Mana cukup untuk menampung kehidupan seharian jika dia seorang je yang bekerja.. Mana dengan anak dua orang yang masih sekolah rendah lagi.. Dengan segala bil yang perlu dilangsaikan.. Nak bayar sewa rumah lagi... Aduhaiii...

Walaupun adik-beradik ramai, namun sampai bila mereka nak membantu..? Lain la kalau adik-beradik tadi bergaji tinggi.. Even bergaji besar sekalipun, mana mungkin mereka dapat menolong sepanjang masa sebab mereka juga ada kehidupan sendiri yang perlu diuruskan..

Sejak kebelakangan ni, aku asyik teringat kat kawan tadi.. Nak contact dia, tak tau macam mana.. Kalau dia bagi nombor contact sekalipun, aku tak yakin dia boleh menjawab segala panggilan yang masuk.. Silap haribulan dia makan penampar suami dia lagi ada... Aku tanya pada sepupu dia dan mintak no enpon dia jika ada.. Tapi sepupu diapun tak tau... Kalau dapat nombor akaun dia, nak jugak aku bantu sikit-sikit.. Tapi takut pulak kalau-kalau suami dia dapat tau.. Kawan aku tu dah la jenis takut kat suami.. Susah kalau dapat pasangan yang cemburu melampau ni.. Dah la cemburu tahap gaban, pastu panas baran lak tu... 

Macam mana nak buat ehh...? Kita nak bantu dia, tapi kalau dia sendiri membatukan diri dan tak mau bukak mulut, macam mana kita nak tolong..? Ada sesiapa nak beri pandangan tak..?




p/s: Sayang apanya kalau isteri tu dijadikan punching bag.. Gila punya suami.. Macam tu ke sikap seorang suami yang faham erti kemerdekaan...??