Pages

Friday, October 5, 2012

Witches Tongue....

Assalamualaikum...

Witches Tongue....

Lidah ahli sihir mana la pulak ni....
Adehhh....

Ni bukan cerita pasal ahli sihir, dukun ataupun lidah mereka... Ni adalah nama sejenis pokok bunga yang ada kat laman rumah aku... *Cepat aje nak menembak ya.. cehhh...

Pokok ni mak aku yang tanam.. Mulanya pokok ni duduk dalam pasu, macam tak berjaga je. Terbiar, dengan tanah yang cuma setengah pasu dan selalunya tanah tu kering tanda tidak disiram.. Cuma, baru-baru ni je aku ubah pokok ni ke atas tanah sepenuhnya...




Tak berapa lama lepas diubah tu, aku tengok perubahan mendadak kat pokok ni.. Pokok dah mulai subur.. Daun dan tunas baru dah mula keluar bercambah.. Dan baru-baru ni, terkejut aku bila tengok bunganya yang memutih.. Banyak pulak bunga tu.. Tetiba rasa macam berada kat Swiss la pulak.. muahahaha.... *Berangan de amor je laa... ehehh...




Pokok Witches Tongue ini juga dikenali dengan nama Clerodendrum Incisum Macrosiphon, Rotheca Incisa, Rotheca Incisafolia, Musical Note Clerodendron, Morning Kiss Clerodendron... Banyak sungguh nama dia.. Unik pulak tu nama-nama dia...





Dari pemerhatian aku la kan, pokok ni jenis yang tak tahan lama.. Lebih-lebih lagi jika terkena hujan, lagi la cepat dia lunyai.. Macam taugeh, yang mudah lembik jika terlalu lama direndam dalam air.. Ajaibnya pokok ni ialah bila dia nak gugur tu, bunga yang panjang tu akan terjuntai kat jejarum (belasah je bagi nama..) kat tengah tu...

Setakat ni je cerita pasal lidah ahli sihir ni.. Pokok lidah mertua korang kenal tak..? Takpun pokok lidah jin... Kenal...?? 

p/s: Buruk pada nama... Namun cantik pada pandangan mata... Jangan nama je cantik tapi ______... :-)