Pages

Friday, October 12, 2012

Misi Kemanusiaan: Misi K...

Assalamualaikum...

Misi Kemanusiaan: Misi K...

Rasanya ramai yang dah tengok rancangan berkaitan Kemboja ni kat TV3 malam Rabu hari tu.. Rasanya ramai jugak yang berkata kesian.. Rasanya ramai jugak yang ingin menghulurkan sumbangan tapi tak sempat nak ambil nombor akaun.. Sekejap sangat nombor tu keluar kat tv, kan..?

Jangan risau, kat sini disertakan sekali nombor akaun itu jika anda ingin menyumbang iaitu akaun Maybank 5622-6350-2611.. Nombor akaun ni sama dengan nombor akaun yang tertera di kaca TV3 di akhir rancangan.. Boleh juga bertanya apa-apa yang berkaitan di page fesbuk HALUAN..

Dari itu, apa kata kita sama-sama panjangkan permasalahan mereka ini... Mereka juga saudara seagama kita... Bezanya, kehidupan mereka agak kurang bernasib baik seperti kita...




Beratus kali cakap kesianpun takde gunanya jika tidak menghulurkan sedikit sumbangan.. Berkali-kali mengalirkan airmata jugak tiada gunanya jika tangan berat untuk menghulurkan sumbangan.. Bukalah hati kita agar bersedia menghulurkan bantuan dengan seikhlas hati.. Jumlah sumbangan bukan ukuran.. Kalau kita fikir sumbangan kita kecil dan kita malu untuk turut menyumbang, sampai bila-bilapun kita tidak akan menyumbang.. 


Beruntunglah mereka yang menyumbang dengan ikhlas.. Selagi apa yang disumbangkan itu digunakan dengan baik, ke jalan Allah, selagi itulah mereka mendapat 'saham'...


Jangan risau, Allah tetap tau berapa dan apa yang kita sumbangkan.. Allah juga tau samada kita ikhlas menyumbang ataupun sekadar menjadi ikutan.. 

p/s: Berdoalah agar apa yang kita lakukan ini diterima olehNya.. Amin..