Pages

Sunday, October 14, 2012

Nak sauk benda lain, tersauk benda lain.... ehehh...

Assalamualaikum...

Nak sauk benda lain, tersauk benda lain.... ehehh...

Hari tu teringin nak makan buah rambutan yang baru mengkal... Asyik la dok tengok kulit rambutan tu bersepah atas tanah dicampak dek tupai, tu yang rasa tercabar tu.. Mana aci dia yang bedal dulu rambutan tu, kan... hehehe....

Lepas tu, mula la ambil galah.. Jolok la ranting yang ada rambutan tu, pastu ketip la dengan gunting kat hujung galah tu.. Memandangkan ranting yang ada buah tu betul-betul atas kolam ikan keli, maka ranting itupun jatuh la ke dalam kolam tersebut.. Keceburrrrr bunyi dia... *sila imejin... hehe...

Jenguk dalam kolam, takde pulak nampak buah tu.. Ni sah-sah jatuh kat dasar kolam ni.. Lantas, terus la ambil sauk dan mula la menyauk.. Teringin nak makan punya pasal, sanggup bersusah-payah... Ngalahkan orang ngidam... kehkehkeh...

Sauk punya sauk, dapat la... Lepas tu angkat la sauk tu... Apsal berat semacam je sauk ni.. Alih-alih bila tengok, laaa..., rupa-rupanya tersauk sekali dengan seekor ikan keli yang bersaiz sederhana.. Wahhh, ini sudah bagus ni.. Nak sauk satu benda je, tapi tersauk sekali benda lain.. Rezeki la tu kan... Kalau ikutkan, bukan senang nak sauk ikan keli ni kalau air kolam tu penuh.. Dorang ni pandai menyelamatkan diri... Kalau nak makan ikan keli ni, kena keringkan dulu air kolam tu.. Kalau tak, berpeluh la ketiak nak dapatkan sekor... hahaha...




Ingatkan nak ambil keli tu sekali nak buat lauk.. Lepas tu fikir balik, malas la pulak nak mengisahkan keli ni.. Lagipun lauk lain masih ada lagi.. Kang kalau ambil, takde siapa yang nak makan... So, ambil keputusan lepaskan balik keli tu ke dalam kolam.. Maka, hidup la keli tu dengan aman damai serta gembira bersama keluarga dan kawan-kawannya... muahahahaha....




p/s: Sekian sahaja cerita pasal sauk ni.. Ehh, ni cerita pasal sauk ke, pasal keli ke, atau pasal rambutan..?? Hontam saje la labuuuu... Ni la namanya cerita suka-suki... Siapa suka cerita ni, sila la mengekek.. Siapa tak suka, pokok dek ekau la... kihkihkih...