Pages

Thursday, November 1, 2012

Lagu arwah abah...

Assalamualaikum...

Lagu arwah abah... 

Pandanglah langit fajar di ufuk timur..
Matahari terbit bersinar-sinar...
Semangat dalam dadaku berkobar-kobar...

Haaa....
Setakat itu je yang aku ingat...
Itulah antara bait-bait lagu yang arwah abah aku sering lagukan sewaktu hayatnya masih ada...
Dan aku memang suka dengar lagu tu..
Seronok sangat walaupun cuma tau bait yang kat atas tu je..
Itupun macam ingat-ingat lupa je, but still can remember laaa... ehehh...

Arwah abah aku dulukan seorang askar...
Hidup sebagai seorang anggota tentera masa zaman pemerintahan Jepun..
Menjadi askar di bawah RAMD dalam rejimen semboyan...
Yang bermain dengan bahasa isyarat tu yang guna bunyi-bunyi tu laa...
Alaaa, yang kena pakai headphone tu, pastu jari dok ketuk-ketuk apa entah...
Adeh, tak tau apa nama benda yang di ketuk tu...

Kalau korang rajin tengok cerita perang, mesti perasan alatan komunikasi tu selalunya dibawa oleh seorang askar berpangkat sarjan... Ya betul, arwah abah aku dulupun seorang SARJAN... *proud being your daughter..  Sarjan...!!

Dulu arwah selalu ajar aku makna bahasa-bahasa tersebut..
Kalau bunyi dia satu je macam tet, ada maknanya sendiri...
Pastu kalau teret tet tet, lain pulak maksud dia...
Pastu kalau bunyi dia tut tut tut, dah maksud lain pulak...
Macam tu la lebih kurang..
Tak reti aku nak terangkan lebih-lebih...
*I miss that moment...





Ternampak vc lagu ni kat sini.... Terima kasih banyak-banyak la ya.. Memang dah lama nak cari lagu ni tapi tak jumpa-jumpa.. Lagu ni mengimbau nostalgia sewaktu arwah abah masih ada... Al-Fatihah untuk arwah abah.. 

p/s: Suka lagu ni bukan bermakna suka dengan pemerintahan dan kekejaman Jepun masa tu... Rupa-rupanya lagu ni lagu pembakar semangat untuk orang Jepun.. Tak salah rasanya kalau kita turut membina semangat yang berkobar-kobar tu, ya tak...? Dah tau makna lagu tu baru la faham... Terima kasih jugak pada penterjemah lagu ni..