Pages

Friday, November 2, 2012

Wajah si pendengki... grrrrr....!

Assalamualaikum...

Wajah si pendengki... grrrrr....!

Masa dia kecik dulu, comel je muka dia...
Bila dah besar sikit, ya ampun, punya la serabai..
Habis menggerutu kepala dia...
Telinga jangan cakap la...
Rabik dia kerjakan sendiri...

Bila dah besar ni, lain pulak pe'el dia..
Suka sangat dengki kat aku...
Tengok je la gambar kat bawah ni...
Adoyaiii....









Kadang-kadang rajin gak aku melayan si Utih ni..
Kadang-kadang geram la pulak..
Rasa macam nak tunjal je kepala dia tu..
Asyik mengacau je...
Ehehh...


p/s: Jangan kencing kat atas kibod tu dah la yaa... Lagi satu, jangan sampai tertanggal button kibod tu.. Dulu dah pernah terjadi dah tapi masa tu kucing lain punya kerja...

Kadang-kadang kesian jugak tengok..

Assalamualaikum....

Kadang-kadang kesian jugak tengok.. 

Kadang-kadang aku kesian tengok orang yang meroyan putus cinta ni..
Habis semua laman sosial yang dia ada dipergunakan dengan meluahkan perasaan kecewa...
Baik kat fesbuk mahupun mengadu pada si burung murai kaler biru tu..
Mengadu kat burung dapat apa weiii...
Ehehh...

Lagi kesian bila orang tu jenis yang perasan cantik dan vogue..
Seakan tak boleh terima kenyataan je bila si jejaka menolak cintanya..
Maklum la kan, orang cantik, malu la kalau kena reject...
Lagi la dia meroyan bila si jejaka tadi disambar pulak oleh orang yang kurang cantik...
Jatuh la saham dia..

Namun, situasi agak berbeza jika orang tu biasa-biasa je..
Kategori biasa-biasa ni selalunya cool dan tidak perasan dalam semua aspek..
Kiranya jenis so humble la...
Kalau cinta kena reject, dia masih boleh buat biasa je...
Mungkin sebab mereka ni jenis sedar akan personaliti mereka yang serba kekurangan...
Namun yang penting, mereka tidak sewenang-wenangnya membuat serangan membabi buta...
*Babi je yang suka menyondol ni...




Dulu, ada sorang kawan yang putus cinta ni...
Punya la risau si adik tu bila tengok kakak dia bermuram durja..
Satu hari tu, adik tu dengan dua tiga lagi kawan bawak la si kakak tu pergi ke pantai...
Dan kat pantai tu, menjerit sakan la si kakak tadi, melepaskan segala yang terbuku di hati..

Actually, i don't know much about this case... *muntah hijau....
Ni si adik dan kawan-kawan tadi la yang bercerita...
Katanya, kakak dia tu dah nak terjun laut dah..
I just listened and hmmmm... *muntah darah...
Sendiri yang cari pasal, pandai-pandai sendiri la nak setelkan...
Sepatutnya begitulah, kan...

Kalau nasihat yang diberi tapi makian atau perlian yang kita dapat, nak kata apa lagi, kan...
Hmmmm panjang je laa...

Orang yang takde pakwe atau tak pernah bercinta ni, jangan dok pandai-pandai nasihatkan orang yang di alam percintaan...
Hmmmmmmmmmmmmmmmmm....




You know what...
Bila awak dok meroyan-royan macam tu kat fesbuk dan twitter tu, awak punya ex-boipren tu cuma gelak je.. Sebab apa dia gelak? Sebab dia dah berjaya buat awak jadi separuh gila.. Kekerapan awak luahkan rasa kecewa tu buat dia rasa bangga... Sebab itu menunjukkan yang awak memang syiok habis kat dia... Seronok la dia sebab dia tentu rasa yang dia power sebab dah berjaya menolak cinta seorang perempuan yang perasan cantik macam awak... Awak ingat bila dia dah reject awak, dia nak simpati ke kat awak bila awak letakkan status meroyan, merapu, meraban macam tu..? 

Dan opkos dia nak awak merayu-rayu kat dia, suruh dia kembali semula pada awak... Dan orang-orang yang baca dan nampak apa yang awak royankan tu akan tersenyum sumbing.. Berapa kerat je yang akan bekap awak..? Selebihnya mungkin ada yang akan bersorak gembira lebih-lebih lagi jika salah seorang dari mereka itu merupakan saingan awak...

Jadi, daripada awak terus-menerus membiarkan diri awak jadi bahan ketawa ex-boipren awak dan mereka yang lain tu, baiklah awak berhenti meroyan.. Belajarlah untuk menerima hakikat bahawa orang yang cantik tu tidak semestinya memiliki semua yang dia kehendaki.. Oleh itu, tak perlulah nak perasan cantik sangat apatah lagi jika punyai perangai tergedik-gedik macam ulat nangka... 




p/s: Awak tak perlu nak meroyan jika entry ni takde kena mengena dengan awak.. Kalau ada kena mengenapun, tak payah la nak meroyan sakan haiihh... Entry ni ditulis berdasarkan pengalaman saya tengok drama kat tv... kuhik-kuhik-kuhik...