Pages

Tuesday, November 6, 2012

Heghot-petot dan heghot-beghot..

Assalamualaikum...

Heghot-petot dan heghot-beghot..

Inilah salah satu contoh masalah bagi tukang jahit macam aku.. Kain yang dipotong semasa beli tidak sekata.. Kalau kain tu jenis plain dan hanya untuk buat kain sahaja, takde la besar sangat masalah dia sebab boleh nampak dengan jelas berbanding kain bercorak.. Namun ianya tetap menjadi masalah jika ukurlilit ponggong kastemer tu bersaiz XXL.. Takut takde lebihan baki untuk keselesaan... Kang kalau pakai kain ketat-ketat takut nanti dikata macam sarung nangka la pulak, kan... hehe...




Jika kain tu sepasang iaitu untuk dibuat baju dan kain sekali, agak bermasalah sikit laa..
Sebab ianya sedikit sebanyak menjejaskan ukuran baju kastemer tu..
Masa ni la mulut serta-merta akan menjadi heghot-beghot... kehkehkeh..

Cuba buat garisan lurus dekat bahagian yang melengkung tu..
Agak-agak berapa inci yang perlu dibuang begitu saja pada bahagian melengkung tadi..?
Banyak tu...
Kecuali kastemer tu orangnya rendah dan kurus, itu tak menjadi hal..


p/s: heghot-petot = bengkang-bengkok, tidak lurus, tidak sekata..
    heghot-beghot = selalunya ditujukan pada mulut yang membebel... ehhh, kan..?

Eksen...

Assalamualaikum...

Eksen...

Ada segelintir manusia tu, baru je dapat pegang duit biasiswa, dah mula berlagak..
Beli barang branded guna duit biasiswa yang sepatutnya digunakan untuk beli buku..
Lepas tu dok usung tayang kat semua orang...
Dia punya eksen macam la duit biasiswa tu dia yang cari..
Padahal duit pinjaman je pun.. *entah boleh bayar entahkan tidak... 
Isi borang dan tunggu jawapan..
Pastu follow up mana yang patut...
Itu je pun, kan....
Nak eksen jugak lagi tu.... hmmm....


p/s: Tak jeles tapi meluat dengan ke-eksenan yang melampau... ehehh...