Assalamualaikum...
Buah mangga jiran... Yummy....!!!
Ni buah mangga kepunyaan jiran aku..
Menjadi sungguh buah mangga dia tahun ni..
Punya la lebat bunga dia..
Itupun banyak yang gugur dan terpaksa dibuang..
Kalau bunga terlalu lebatpun tak elok jugak..
Nanti buah tak berapa nak besar...
Buah mangga kalau besar lagi sedap, iya ke..?
Tapi aku suka buah mangga yang sedang-sedang je..
Pada aku buah mangga yang sedang-sedang ni lebih manis berbanding buah mangga yang besar...
*orang lelaki je suka buah mangga besar ni.. ahakk....
*orang lelaki je suka buah mangga besar ni.. ahakk....
Emak aku dah banyak kali beli buah mangga jiran aku ni.. Beli untuk adik aku la, pastu untuk kakak aku la, pastu untuk abang aku la.. Kakak yang kat Labu dan adik-adik aku yang kat Shah Alam dengan Sungai Buluh tu pun merasa buah mangga ni... Mak aku kirim kat kat abang aku dengan anak buah aku...
Buah mangga ni isi dia manissssss sangat..
Memang tak rugi membeli..
Pastu sekilo cuma RM3 je...
Kalau kat bandar ni tak tau la sekilo berapa harga dia..
Benih pokok mangga ni datangnya dari Perak..
Tak ingat pulak aku dari daerah mana samada Lumut ataupun Manjung..
Inipun jiran aku tu kirim kat anak jiran yang duduk kat Perak tu tolong belikan anak pokok mangga ni..
Sekarang ni buah mangga tu dah habis dah musim dia..
Lepas ni bermula pulak musim durian, manggis, rambutan dan sudah semestinya musim banjir...
Huhuhu...
p/s: Rambutan dah mula mencelah.. Manggis dah mula membulat.. Durian? Pakat beli durian orang je laa.. ehehh...