Assalamualaikum...
Serik...
Apa maksud serik..?
Pada aku, serik itu membawa maksud seperti takut akan sesuatu perkara itu dari berulang.. Dan seboleh-bolehnya kita akan berusaha untuk menjauhi perkara tersebut.. Namun, ada kalanya kita terlupa akan perkara itu dan mengulanginya untuk kesekian kalinya..
Untuk kes aku, banyak benda yang aku serik nak buat.. Contohmya, masa aku kena gastrik yang teruk dulu, aku serik nak makan limau oren dan makanan pedas-pedas serta organ dalaman seperti hati ayam atau hati lembu.. Tapi, bila semakin lama semakin okay penyakit aku tadi, aku mulakan kembali memakan semua itu.. Cuma aku masih ingatkan diri sendiri agar tidak keterlaluan memakan makanan yang pedas-pedas..
Lagi satu pasal request kat fesbuk.. Aku memang dah serik nak terima request dari kenalan baru, yang aku tak kenal langsung siapa mereka. Aku serik dijadikan bahan umpatan secara kiasan oleh orang-orang yang tiada dalam list aku tetapi mereka sewenang-wenangnya menghina aku tanpa sebab yang aku sendiri tidak faham..
Aku masih lagi simpan atau dalam kata lain, copy paste 'perlakuan' mereka itu.. Tuan punya wall cuma letakkan tiga patah perkataan sahaja pada status fesbuk dia.. Tak sampai beberapa minit lepas tu, berduyun-duyun komen yang masuk dari kroni dia, melebihi seratus komen yang kesemuanya kategori memerli...
Mulanya aku ambil tak kisah saja apa yang mereka bincangkan malah bila mereka menyebut nama awal abah aku dan menghina gambar profile fesbuk akupun aku buat tak tahu walaupun masa tu muka aku ni aku rasakan sudah panas berbahang.. Hinggalah seorang kawan inbox aku dan beritau aku yang segala komen tadi seolah-olah ditujukan kepada aku, barulah aku mula yakin bahawa sememangnya aku yang menjadi mangsa sindiran dan umpatan mereka..
Masalahnya, sampai kini aku tak tau kenapa mereka tadi buat drama secara terbuka kat status tu dan tujukan kat aku sedangkan tuan punya wall satu komenpun tak keluar.. Aku tak kenal langsung siapa mereka tu.. Tuan punya wall itupun aku tak kenal tapi disebabkan dia selalu datang bertandang serta rajin berbalas komen kat status aku, maka aku layan dia sebaik mungkin. Aku anggap dia macam teman chatters yang lain yang rajin beramah-mesra sesama chatters dan aku sememangnya seronok berbual dengan dia..
Perkara ni dah lama berlalu namun sampai kini aku masih teringat-ingat akan perbualan berupa penghinaan dari mereka semua.. Namun semua ini ada hikmahnya.. Sejak dari hari itu, aku belajar untuk mengurangkan memberi komen pada status orang..
Daripada membiarkan diri menjadi bahan perlian dan cacian orang lain, biarlah aku menyendiri.. Hanya Allah yang tau betapa pedihnya hati aku bila dituduh macam-macam.. So, the result is delete all the request from strangers or stalkers.. Maaf banyak-banyak...
p/s: Bila dah terluah, terasa ringan bebanan yang aku simpan selama ini.. Lega selega-leganya..