Assalamualaikum...
Pergilah Air Mata...
"Awak cakap ni mimpi buruk awak? Kalau awak nak tahu, ini malapetaka bagi saya! Awak cakap awak kehilangan segala-galanya, tapi saya musnah! Seluruh kehidupan saya dah musnah! Awak tahu tak...., saya hilang maruah diri. Saya hilang kerjaya. Saya hilang kekasih. Saya hilang seluruh kehidupan saya yang dulu! Semua yang saya usahakan, lenyap dalam sekelip mata. Jadi, awak jangan senang-senang nak tuduh saya yang menjadi punca semua ni..!!!" - Sabrina
Aku dah lama baca novel hasil tulisan Hanni Ramsul ni...
Aku ingatkan aku dah buat post pasal novel ni...
Rupa-rupanya belum lagi... ehehhh...
Novel ini setebal 858 mukasurat...
Novel ni bagus sangat...
Kisah seorang gadis yang tertangkap khalwat dengan seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya.. Apatah lagi semua perancangan tangkap basah ni adalah rancangan daripada kawan baiknya sendiri.. Cuma, bezanya gadis itu tidak tertangkap dengan orang yang sepatutnya gara-gara dia tersalah masuk bilik.
"I miss you. Aku jadi macam orang gila bila kau pergi macam tu aja. You have promised me..., kau tak akan tinggalkan aku. Tapi, kau pergi jua...." - Badrul
Bermula dari situ, hidup gadis tadi terus menerus diuji oleh orang yang berada di sekelilingnya.. Selebihnya, pergilah cari dan beli segera sebelum kehabisan stok.. Siapa tak beli memang rugi.. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat terutama sekali kesabaran.. Kenapa kesabaran? Kerana kesabaranlah yang paling sukar untuk kita kawal... :)
p/s: Nak baca sedikit pasal novel ni..? Sila pergi kat sini ya... Lepas baca, cepat-cepat cari novel ni kat kedai ataupun oder je online.. Jangan nak meminjam je kerjanya... ehehh...